Berlembut dengan Evangelis?

175px-samuel_zwemer

Seorang ketua mubaligh Kristian bernama Samuel Marinus Zwemer, yang digelar ‘The Apostle to Islam’ (Utusan untuk memurtadkan Islam) telah berkata dalam Persidangan Al-Quds pada tahun 1935 :

“Tugas gerakan dakyah Kristian yang diwakilkan oleh negara Kristian kepada kamu untuk dilaksanakan di negara Muhammad bukan dengan tujuan memasukkan orang Islam ke dalam Kristian. Sebaliknya tugas kamu hanyalah untuk mengeluarkan orang Islam daripada Islam supaya dia menjadi makhluk yang tiada hubungan dengan Allah dan tiada hubungan dengan akhlak yang menjadi tunjang kehidupan sesuatu bangsa.”

Kata-kata ini telah dinukilkan oleh Dr Taufiq Yusuf Al-Waie dalam kitabnya Haadir Al-‘Alam Al-Islami dalam bab Perang Salib ke atas Dunia Islam. Zwemer merupakan tokoh missionaryantarabangsa pada era Perang Dunia Pertama yang telah berjaya menggerakkan missionarieske seluruh pelusuk dunia.

Gerakan Methodist Malaysia sendiri dalam laman web methodistchurch.org.my menulis bahawa kedatangan gereja Methodist di Singapura dan Malaysia telah bermula sejak 130 tahun yang lalu apabila William Oldham ditugaskan menjadi missionary di Singapura pada tahun 1885 selepas keputusan dibuat dalam South India Conference yang berlangsung di Hyderabad pada tahun 1884. Hakikatnya gerakan Evangelis bukanlah sesuatu yang baru, bahkan ia adalah keseinambungan dari Perang Salib terdahulu lagi. Malaysia juga tidak terlepas dari sasaran gerakan Evangelis ini, malah telah mendasar di kalangan penduduk terutama di Sabah dan Sarawak.

Hari ini golongan Evangelis sangat berani untuk mencabar kedaulatan Islam dan menjalankan agendanya di Malaysia, atas kesempatan lemahnya kerajaan Malaysia mempertahankan Islam dan juga wujudnya ‘hawariyyun’ (penolong-penolong) dari kalangan umat Islam sendiri. Sebagai contoh Damansara Utama Methodist Church (DUMC) secara terang-terangan di laman webnya menulis misi pertama mereka adalah ‘Evangelise the Klang Valley and to send missionaries to unreached people groups worldwide’, pihak gereja juga dengan berani terus menyalahgunakan kalimah ‘Allah’ walaupun Mahkamah Rayuan pada 14 Oktober 2013 telah membuat keputusan melarang tindakan tersebut.

Umat Islam perlu berani dan tegas dalam mendepani isu dan serangan begini, hikmah itu bukanlah untuk menjadi lembik dan apologetik tetapi hikmah itu menuntut  kita memberi respon terhadap sesuatu perkara tepat dengan keadaannya, bagaimana boleh musuh menyerang bertalu-talu secara keras tetapi kita masih berbaik sangka dan berlembut malah lebih teruk membela jenayah mereka.

Allah berfirman dalam surah Al-Fath ayat 29 :

“Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam).”

Syed Qutb dalam Tafsir Fi Zilalil Quran menyebut mengenai ayat ini : “Mereka (orang mukmin) bersikap keras terhadap musuh-musuh mereka di atas asas aqidah dan bersikap lembut terhadap saudara seagama mereka juga atas asas aqidah. Mereka membersihkan jiwa mereka dari sifat-sifat tamak atau keakuan dan dari keinginan hawa nafsu dan sentimen-sentimen yang selain dari Allah.”

Terdapat banyak ayat Al-Quran lain yang menyeru umat Islam bertegas dengan musuh yang memerangi mereka :

“Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya Allah tidak menyukai mereka yang melampaui batas.”
[ Al-Baqarah : 190 ]

Wahai orang-orang yang beriman! sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya, maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang dia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela.” [ Al-Maidah : 54 ]

“Allah tidak sekali-kali akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk membinasakan orang-orang yang beriman.” [ An-Nisaa’ : 141 ]

“Dialah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad s.a.w) dengan membawa hidayah petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), supaya ia memenangkannya dan meninggikannya atas segala agama yang lainwalaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.”
[ As-Soff : 9 ]

Membela golongan musyrikin pula merupakan suatu perkara amat perlu kepada penelitian dan hati-hati, apatah lagi jika bersama mereka dalam menentang umat Islam sendiri. Syeikh Mahmud Abu Rayah dalam kitabnya Fi Nuril Islam ketika mensyarahkan Usul ke 20 dari Usul 20 oleh Hasan Al-Banna menyebut bahawa antara contoh perbuatan yang tidak boleh diandai selain kufur adalah muslim yang berpaling tadah pergi kepada orang-orang kafir dan membantu mereka menyerang Islam dan muslimin. Berdasarkan firman Allah :

“Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya dia adalah dari golongan mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim.” [ Al-Maidah : 51 ]

Nauzubillah min zalik, semoga kita sangat berhati-hati dalam perkara ini.

Mengambil pengajaran dari Mesir, Ahmad Ar-Rasyid dalam kitab Ar-Riddah ‘Anil Huriyyah menyebut mengenai wajah golongan Kristian dalam penggulingan Mursi : “Pendirian rasmi golongan Qibti (Kristian Mesir) dapat dilihat secara jelas apabila pendeta tertinggi mereka duduk di belakang As-Sissi ketika perutusan penggulingan kuasa disampaikan, kemudian apabila presiden boneka membentuk badan penggubal perlembagaan baru pihak gereja telah mengemukakan permohonan rasmi untuk menghapuskan artikel Islam sebagai agama negara dari perlembagaan.”

Akhir kata dari saya, masih mahu berlembut dengan Evangelis?

Ahmad Nu’man Bin Mazlan
Ketua Biro Dakwah ISMA Jordan

2 thoughts on “Berlembut dengan Evangelis?

  1. Pingback: Jais didakwa sebagai “extremis” oleh yayasan moderat Najib | Helen Ang

  2. Mengapa kerajaan masih membantu Sekolah Mubaligh Kristian???

    Keperluan Sekolah Mubaligh dan Bantuan Modal Sentiasa Diberi Perhatian

    Monday, 01 April 2013 20:55

    Bantuan yang disalurkan kepada sekolah mubaligh dan bantuan modal di negeri merupakan satu lagi bukti keikhlasan kerajaan Barisan Nasional memertabatkan bidang pendidikan di negeri ini tanpa mengira kaum.

    Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry berkata, Perak merupakan negeri yang terawal sekali memperkenalkan beberapa jenis bantuan bagi membantu sekolah-sekolah terbabit memperbaiki kualiti pembelajaran.

    Katanya antara bantuan tersebut adalah sumbangan bagi menampung bil-bil utiliti, pembelian alat bantuan mengajar, pengecualian cukai tanah, bayaran cukai pintu nominal dan sebagainya.

    “Bantuan-bantuan ini adalah peruntukan tambahan yang disediakan kerajaan negeri selain peruntukan per kapita yang diterima setiap sekolah daripada kerajaan pusat.

    Ini bukti komitmen kerajaan Perak dalam memastikan semua sekolah sama ada yang beraliran kebangsaan mahupun jenis kebangsaan dan mubaligh mendapat perhatian sewajarnya,” katanya.

    Beliau berkata demikian keppada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada sekolah mubaligh dan jenis kebangsaan di SM Sam Tet, Ipoh, hari ini.

    Sebanyak 232 buah sekolah telah menerima bantuan iaitu 111 buah sekolah SJK (C), 85 buah sekolah SJK (T), 19 buah sekolah mubaligh dan 17 buah sekolah SMJK.

    Menteri Besar berkata peruntukan pendidikan kebiasaanya datang daripada kerajaan pusat kerana ia melibatkan jumlah yang besar tetapi kerajaan negeri boleh menambah peruntukan tersebut mengikut keperluan.

    “Misalnya biasiswa atau pinjaman pelajaran ada disediakan kerajaan pusat, tetapi memandangkan ia tidak mencukupi kerajaan negeri juga tidak ketinggalan menyediakan dana bagi tujuan membantu pelajar melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi.

    Dalam tempoh empat tahun ini sahaja, kita telah membelanjakan lebih daripada RM176 juta dalam semua bidang termasuk dermasiswa, bantuan pinjaman pelajaran termasuklah peruntukan bagi menyediakan kelas tuisyen bagi pelajar yang kurang berkemampuan,” katanya.

    Dr Zambry berkata Perak sentiasa berusaha bagi memastikan rakyat mendapat kemudahan pendidikan yang terbaik dengan menjadikan negeri ini sebagai hab pendidikan.

    Katanya, kerajaan negeri dibawah anak syarikat MB Inc. Corporated telah menyediakan satu ‘blueprint’ bagi mewujudkan sebuah hub pendidikan ban bagi memenuhi tuntutan itu kerajaan negeri akan mewujudkan hub pendidikan baru di Seri Iskandar meliputi kawasan seluas 1,000 ekar.

    Katanya hub ini akan menjadi hub pendidikan terbaru selepas Universiti Idris Shah Tanjung Malim, Universiti Tuanku Abd Rahman Kampar, dan juga Universiti Petronas Seri Iskandar.

    “Ianya kini dalam proses perlaksanaan dan kita jangkakan ianya akan mengambil masa 15 tahun sebelum kawasan ini benar-benar hidup,” katanya.

    Sementara itu, Lembaga Pengelola SM Methodist Tanjung Malim Mohgana Selvam, 58, berkata bantuan yang diterima amat besar maknanya kerana ia dapat meringankan beban kewangan pengurusan sekolah.

    “Biasanya bantuan ini kami gunakan untuk beli peralatan sekolah bagi meningkatkan lagi mutu pelajar,” katanya.

    Naib Pengerusi Lembaga Pengurus SJK (C) Pusing, Yit Chee memuji kepimpinan Dr Zambry yang begitu prihatin dalam memastikan semua kaum mendapat pendidikan berkualiti.

    “Saya suka Dr Zambry kerana dia seorang pemimpin yang tidak memilih kaum dan dan sangat menerapkan nilai-nilai 1Malaysia dalam dirinya Kami berharap bantuan ini dapat diteruskan pada masa akan datang,”: katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>