Lima penegasan politik ISMA

ustlah2
BANGI, 26 Dis – Presiden Ikatan Muslimin Malaysia, Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman hari ini membuat penegasan lima perkara berhubung pendirian politik ISMA.

Pertama, ISMA mengiktiraf Tanah Melayu sebagai wilayah kedaulatan bangsa Melayu.

Kedua, Melayu dan Islam adalah identiti nasional kepada Malaysia.

Ketiga, penglibatan orang kafir dalam politik hanyalah di dalam hal melaksanakan hak yang bersesuaian dengan syariat Islam dan perlembagaan negara.

Keempat, pembangunan nasional hendaklah berteraskan pandangan yang menyeluruh terhadap fungsi manusia yang berpaksikan aspek ruhi.

Terakhir, meletakkan syariat Islam sebagai rujukan dalam pembuatan dasar dan perundangan.

Menurut Ustaz Abdullah, penegasan lima perkara ini penting bagi menjelaskan agenda dan fikrah ISMA kepada masyarakat dalam soal politik.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan perasmian penutup Seminar Kepimpinan (NADI) peringkat zon Utara di Pulau Pinang semalam.

One thought on “Lima penegasan politik ISMA

  1. Pingback: Pertembungan Isma dan evangelista | Helen Ang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>