Kos sara hidup meningkat, memang salah UMNO – Timb Presiden ISMA

AY Jelas Johor
BANGI, 26 Dis – Timbalan Presiden ISMA, Tuan Haji Aminuddin Yahaya membidas kenyataan Ketua Umno Bahagian Teluk Kemang Tan Sri Isa Samad yang menyarankan rakyat agar tidak menyalahkan UMNO berhubung kenaikan harga barangan keperluan serta kos sara hidup.

Katanya, kenyataan tersebut menunjukkan pemimpin UMNO sudah jauh daripada realiti hidup masyarakat.

“Alasan yang diberi Tan Sri Isa dilihat cuba mempelekehkan minda rakyat seolah-olah rakyat masih hidup di zaman 70-an yang tidak mempunyai sebarang akses maklumat,” kata Tuan Haji Aminuddin Yahaya kepada wartawan ISMA.

Walhal katanya, adalah menjadi kewajipan pemimpin untuk menjaga kebajikan rakyat.

“Jadi mana mungkin kalau dikatakan UMNO (selaku parti utama pemerintah) tidak boleh dipertanggungjawabkan dengan isu kenaikan kos sara hidup.

“Mereka yang menentukan dan menjalankan polisi, maka sudah tentu UMNO tidak boleh mengelak daripada dipertanggungjawabkan,” tegasnya lagi.

Isnin lalu, Tan Sri Isa Samad mengingatkan rakyat agar tidak menuding jari kepada UMNO  dengan kenaikan harga barangan dan  keperluan serta kos sara hidup dengan alasan kenaikan tersebut merupakan perkara yang tidak dapat dielak oleh mana-mana kerajaan yang memerintah.

Tambah Haji Aminuddin, sekalipun kenaikan kos hidup ini tak dapat dielak, tetapi kerajaan haruslah bijak untuk membuat penyelarasan dengan menaikkan gaji.

Tetapi sebaliknya ini tidak berlaku, sehingga akhirnya menyebabkan rakyat semakin tertekan.

Yang menjadi persoalannya ujar beliau, pelbagai kos meningkat naik bahkan dalam masa yang sama pendapatan negara juga semakin bertambah.

“Ke mana perginya wang negara yang melimpah ruah itu? Ditambah pula dengan isu ketirisan yang ditimbulkan dalam Laporan Audit Negara yang hampir setiap tahun juga masih belum terjawab,” katanya.

Sementara itu mengulas lanjut mengenai kenaikan harga ini katanya, umum mengetahui bagaimana pihak konsesi tol lebuh raya mendapat keuntungan berbillion ringgit namun masih mahu menaikan kadar tol.

Begitu juga konsesi elektrik, IPP, yang jelas berat sebelah kepada pihak syarikat sehingga kerajaan terpaksa membayar berbillion ringgit kepada mereka.

“Kenapa rakyat mesti dibebankan demi menyelamatkan syarikat-syarikat kroni ini?” soalnya.

Sehubungan itu jelasnya, ISMA menyeru pemimpin UMNO dan kerajaan BN agar lebih bertanggungjawab dan memberikan keutamaan kepada kebajikan rakyat daripada syarikat- syarikat kroni ini. 

7 thoughts on “Kos sara hidup meningkat, memang salah UMNO – Timb Presiden ISMA

  1. Harini ada keluhan dari Cik Amin.

    1] “Mereka yang menentukan dan menjalankan polisi, maka sudah tentu UMNO tidak boleh mengelak daripada dipertanggungjawabkan,”

    2] “Ke mana perginya wang negara yang melimpah ruah itu? Ditambah pula dengan isu ketirisan yang ditimbulkan dalam Laporan Audit Negara yang hampir setiap tahun juga masih belum terjawab,”

    3] “Kenapa rakyat mesti dibebankan demi menyelamatkan syarikat-syarikat kroni ini?”

    Komen saya, sudah jatuh ditimpa tangga Cik Amin. Tu la, kenapa Cik Amin ‘tarik diri’ dari Parlimen Wangsa Maju? Malas nak komen banyak…salah Cik Amin jugak Apa-apapun, tahniah buat Cik Amin sebab berani. Doakan saya exam minggu depan.

    *Okay, sambung balik merenung figure page 9, mtg6, ‘column elution chromatography’…

  2. Assalamualaikum.

    Saya mencadangkan agar ulasan berbentuk negatif dikurangkan seperti pernyataan salah-menyalahkan. 1) Media massa adalah sumber hebahan info, jadi yang disebarkannya itu adalah yang menjadi didikan kepada orang ramai. maka kita tidak mahu mendidik rakyat kita perkara yang negatif seperti menuding jari terhadap satu sama lain. oleh itu, perkara negatif diharap agar dikurangkan dalam hebahan media massa seperti artikel di atas. 2) Sesuatu kejadian tidak berlaku melainkan dengan kehendak Allah, dengan izin Allah. perbuatan salah-menyalahkan seolah-olah tidak percaya kepada apa yang telah Allah tentukan.
    insyaAllah. Terima kasih.
    Assalamualaikum

  3. Menaikkan harga barang runcit memang kerja peniaga. Kesan kenaikan harga petrol dan letrik kurang dirasai oleh korporat berbanding rakyat berpendapatan rendah tetapi mereka yang memonopoli perniagaan menambah keperitan rakyat dengan menaikkan harga barang.
    WALAUPUN BEGITU, kerajaan juga perlu bertanggungjawab kerana mereka yang menetapkan polisi dan membuat penyeliaan. Mereka sepatutnya tegas dalam mendakwa pihak yang terlibat. Kawasan percuma untuk peniaga kecil perlu disediakan untuk membantu mereka berniaga.

  4. Pingback: ISMA is non-partisan and Islamic | ISMAWeb

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>