Tuntutan COMANGO Satu Agenda Musuh

panggung1
IRBID, JORDAN 8 Nov- Tuntutan-tuntutan yang dibuat oleh Gabungan NGO Liberal (COMANGO) yang terdiri daripada 54 NGO dilihat sebagai satu agenda musuh bagi menggugat kedudukan Islam di Malaysia.

Demikian ujar pelajar syariah Universiti Yarmouk Muhammad Mustafa bin Kamaruddin yang merupakan salah seorang panelis dalam satu program Panggung Pemuda yang dianjurkan oleh ISMA Jordan tiga hari lalu di sini, yang bertajuk ‘Hak Asasi Manusia: Satu Agenda Dakwah’.

Beliau berkata lagi, tuntutan COMANGO mencampuri urusan agama dan mencabar kemuliaan agama Islam apabila mendesak supaya membenarkan amalan hidup songsang seperti LGBT dan kebebasan menukar agama.

“Sekiranya tuntutan-tuntutan tersebut diterima, generasi kita bebas ‘meminjam’ atau menukar ke agama lain, hak keistimewaan Melayu akan dihapuskan, enakmen-enakmen kesalahan Jenayah Syariah akan dipinda dan banyak lagi kesan-kesan buruk,” katanya dalam pembentangan beliau.

Program yang dihadiri seramai 100 orang itu menampilkan dua orang panelis iaitu saudara Mustafa bin Kamaruddin dan saudari Nurul Atikah Mahmudin yang mana kedua-duanya merupakan penuntut jurusan syariah Universiti Yarmouk.

Saudari Nurul Atikah berkata, kita seharusnya berhati-hati dengan tuntutan golongan yang memperjuangkan hak asasi ini. Seperti yang kita ketahui, Sister in Islam (SIS) pernah memperjuangkan kes Aminah Wadud. Seksualiti Merdeka pula telah mengadakan Festival Seks Songsang dan memperjuangkan LGBT, manakala SUARAM mendapat dana daripada Amerika Syarikat di mana dana tersebut semakin hari semakin bertambah.

Katanya, tuntutan ini secara jelas menunjukkan mereka tidak menghormati agama Islam sebagai agama Persekutuan dan merupakan provokasi yang boleh menyebabkan sentimen perkauman.

Disediakan oleh:
Ammar Roslan
Media ISMA Jordan

panggung2Antara pelajar lelaki yang hadir menonton Panggung Pemuda ISMA Jordan

panggung3Sebahagian pelajar perempuan di Jordan yang menyertai ISMA Jordan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *