ISMA adakan 20 siri ceramah ‘Bahaya Comango’ besar-besaran

ay1
BANGI, 16 Nov – Ikatan Muslimin Malaysia hari ini mengumumkan akan menganjurkan 20 siri ceramah Bahaya Comango secara besar-besaran di seluruh negara bermula Disember ini.

Siri ceramah ini merupakan salah satu aktiviti ‘Kempen Selamatkan Ummah’ dalam memberi kesedaran berterusan kepada umat Islam mengenai bahaya serangan pemikiran dan budaya yang mengancam jati diri dan survival mereka.

Timbalan Presiden ISMA, Tuan Haji Aminuddin Yahaya dalam satu kenyataan berkata, ancaman Comango sangat membahayakan jika tidak dikawal dari sekarang, ianya boleh menjejaskan kesucian Islam dan perlembagaan pada masa hadapan.

“Ini isu besar, ISMA tidak mahu masyarakat keliru dengan dakyah yang dibawa oleh Ccomango.

“Justeru, ISMA menganjurkan kempen ini dan mengajak semua pihak untuk sama-sama memberi kerjasama kerana mengharapkan ianya dapat diselesaikan sebelum Persidangan Hak Asasi Kebebasan Manusia pada Mac 2014,” katanya dalam sidang media di Pejabat ISMA, di sini.

Katanya, kempen ini akan dijalankan di seluruh negara melalui aktiviti-aktiviti seperti ceramah, forum, pameran dan karnival, edaran risalah dan buku, penulisan rencana akhbar, majalah dan laman web.

Selain itu akan diadakan penerangan ringkas video dan audio di pelbagai media massa dan maya, serta penganjuran pelbagai acara menarik, informatif dan menginsafkan.

Sehubungan itu, ‘Kempen Selamatkan Umat’ mengalu-alukan apa saja sumbangan daripada mana-mana individu ataupun pertubuhan yang prihatin dan berkongsi objektif yang sama.

Mereka oleh menyumbang sama ada dalam bentuk tenaga sukarelawan, wang, peralatan, jaringan hubungan, mahupun kemudahan tempat aktiviti.

Turut hadir ialah Ketua Penerangan ISMA, Ustaz Abdul Halim Abdullah, Setiausaha Biro Politik ISMA, Ustaz Hazizi Ab Rahman dan Setiausaha Biro Dakwah ISMA, En Azman Bakri. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *