UMK tawar peluang pengajian kepada pelajar Malaysia di Mesir

umkKOTA BAHARU, 1 Sept (Bernama) — Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menawarkan pelajar Malaysia yang belajar di Mesir untuk menyambung pengajian di sini berikutan pergolakan di negara Timur Tengah itu.

Naib Canselor UMK Prof Datuk Dr Raduan Che Rose berkata UMK bersedia menerima pelajar berkenaan untuk mengikuti mana-mana program di UMK mengikut kesesuaian akademik mereka sebelum ini.

“Senat akan mempertimbangkan secara menyeluruh kerana ia melibatkan soal pengiktirafan dan pemindahan kredit di sana kepada pihak UMK,” katanya kepada pemberita di Kampus Kota UMK di Pengkalan Chepa di sini, hari ini.

Beliau berkata kemasukan bagi tahun satu mungkin tidak mempunyai masalah tetapi bagi tahun tiga dan tahun empat, pelajar bakal berdepan masalah dalam penjumlahan kredit.

Raduan berkata permohonan bagi pelajar yang ingin menyambung pengajian di UMK boleh dibuat melalui laman web UMK atau menghubungi fakulti masing-masing mengikut kesesuaian program.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>