Sukatan pelajaran bahaya Syiah perlu diperkenalkan di sekolah, IPT

mobis9
PUTRAJAYA 28 Sept – Sukatan pelajaran tentang bahaya Syiah perlu diperkenalkan di sekolah dan institut pengajian tinggi awam dan swasta.

Demikian cadangan Ketua Unit Kajian Syiah ISMA, Ustaz Mohammad Ismail hari ini ketika membentangkan ‘Agenda Perluasan Pengaruh Syiah:  Ancaman kepada Malaysia’ di Simposium Mendepani Agenda Asing, Melayu dalam Krisis Kepimpinan anjuran ISMA dan PEMBINA.

Katanya itu antara pendekatan yang perlu dilakukan oleh pihak kerajaan dan kementerian demi menyelamatkan generasi umat Islam di Malaysia daripada bahaya penyelewengan Syiah.

Selain itu ujarnya, media juga perlu memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan kesedaran bahaya Syiah.

“Tidak cukup dengan TV Hijrah, TV1, TV2 mahupun TV3 perlu berganding bahu memperbanyakkan rancangan untuk menyebarkan luaskan kesesatan Syiah,” ujarnya.

Di samping itu Ustaz Mohammad turut menyeru kepada pihak berkuasa termasuklah pihak Polis, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam agar mengambil tindakan yang sewajarnya kepada mereka yang terlibat dengan fahaman Syiah.

Hal ini kerana katanya, setakat hari ini masih tiada tindakan tegas yang diambil terhadap mereka.

Dalam pada itu Ustaz Mohammad turut mendedahkan strategi terbaru yang dilakukan oleh puak Syiah dalam memperluaskan fahaman mereka di Malaysia.

Antaranya Syiah menggunakan taktik dengan membawa pelajar-pelajar Malaysia ke Iran untuk mendalami Syiah dan seterusnya kembali ke Malaysia untuk mengembangkan fahaman tersebut.

“Bahkan strategi terbaru mereka adalah dengan menghantar anak-anak mereka kelak ke institut pengajian tinggi dalam bidang akademi Islam.

“Kemudian apabila tamat pengajian, mereka akan memohon kerja di Jabatan Agama Islam dengan menjadikan ianya sebagai tempat untuk mengembangkan fahaman Syiah,” ujarnya.

Oleh yang demikian nasihat  Ustaz Mohammad, umat Islam perlu bersatu dalam apa jua keadaan untuk mendepani isu Syiah, jangan biarkan agama tergadai.

One thought on “Sukatan pelajaran bahaya Syiah perlu diperkenalkan di sekolah, IPT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *