Gerakan Ikhwan Muslimin Mesir diharamkan

ikhwan
KAHERAH, 23 Sept – Mahkamah Mesir hari ni memutuskan pengharaman gerakan Ikhwan Muslimin dan menyekat sebarang aktiviti berkaitan pertubuhan Islam itu.

Mahkamah juga memutuskan segala aset dan harta Ikhwan dibekukan dan dirampas, demikian menurut media Al-Jazeera.

Selain itu, sebarang pertubuhan lain yang ditubuhkan atas bantuan dan kewangan Ikhwan turut diharamkan.

Ikhwan Muslimin yang ditubuhkan oleh Imam Hasan Al-Banna pada tahun 1928 telah diharamkan pertama kali semasa pemerintahan Presiden Jamal Abdul Naser.

Menurut laporan media Ikhwan, sejak Presiden Morsi digulingkan oleh tentera, lebih 15 ribu ahli gerakan itu ditangkap dan pemimpin tertinggi Ikhwan, Dr Badie dan Khairat Shater antara yang terawal ditangkap oleh pihak berkuasa.

Bagaimanapun media rasmi Ikhwan iaitu Ikhwanonline.com masih belum melaporkan apa-apa perkembangan berkaitan pengharaman ini.

Berita selanjutnya akan menyusul.

 

3 thoughts on “Gerakan Ikhwan Muslimin Mesir diharamkan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>