Ummah dijadikan catur oleh Yahudi dan Barat

20130828-161446.jpg

Pertembungan antara Islam dan Barat semakin memuncak. Pertembungan bukan lagi dalam bentuk penulisan dan perdebatan di media-media atau seminar yang eksklusif tetapi telah mengheret kepada peperangan dan pembunuhan secara terbuka dan mengerikan. Ummah Islam dijadikan buah catur oleh Yahudi dan Barat dilagakan di atas papan catur mengikut kehendak pemain.

Ummah ibarat berada di atas papan catur di negara mereka sendiri . Peperangan di Syria, Libya, Iraq,Tunisia , Mesir dan lain-lain tidak mustahil akan merebak kebeberapa negara lagi di masa mendatang. Yahudi dan Barat tidak akan redha dengan suasana tenang dan aman di seluruh dunia Islam kerana misi perang salib mereka masih berterusan. Permainan catur belum tamat dan mereka boleh menyusun dan mengatur buah catur sesuka hati mereka mengikut kehendak nafsu jahat mereka . Ummah dibakar hidup-hidup, disembelih , dibom dengan senjata kimia dan dibunuh begitu sahaja tanpa terikat dengan mana-mana piagam dan akta atau undang-undang. Bunuh dahulu barulah bincang tentang akta atau piagam. Badan antarabangsa paling kuat pun hanya sekadar mengutuk di atas helaian kertas sementara kesatuan negara Islam seperti OIC masih terkiyal kiyal dan terpinga-pinga kebingungan.

TRAGEDI BERDARAH DI MESIR

Pertembungan sekarang amat jauh berbeza dengan siri-siri pertembungan sebelum ini. Dulu jelas pertembungan antara Islam dan Barat kerana Barat datang ke Timur dengan bala tentera mereka. Tetapi sekarang situasi telah berubah. Senjata penjajahan pemikiran yang mereka lakukan telah berjaya memporak perandakan pemikiran ummah Islam dengan ideologi palsu. Barat hanya perlu membekalkan senjata dan mencetuskan peperangan sesama bangsa dan agama. Peperangan yang dicatur mengikut kehendak mereka. Senjata bukan lagi dihala kepada musuh ummah Islam tetapi dihala kepada saudara seagama. Sebelum ini mereka menjatuhkan Mubarak, nyawa ummah telah terkorban terkini mereka membebaskan Mubarak setelah nyawa umat tergadai untuk kali ke dua dengan nilaian yang begitu murah di sisi mereka.

PEPERANGAN DI SYRIA

Persoalan mengapa baru sekarang USA akan menyerang Syria setelah sekian lama peperangan berlarutan. Sudah berapa ramai nyawa ummah terkorban dengan pelbagai peluru dan senjata. Ummah perlu faham bahawa keputusan USA untuk menyerang Syria berkemungkinan besar setelah melihat kelemahan tentera Basyar hasil dari jihad mujahidin Syria sekian lama. Barat dan Yahudi bimbang Syria akan dikuasai oleh mujahidin Islam jika Basyar jatuh . Oleh itu kesempatan ini diambil berlagak hero yang perjuangkan keadilan setelah ummah terkorban dengan pelbagai senjata berat dan senjata kimia. Pengalaman di Libya dan Tunisia perlu diambil kira dengan penglibatan tokoh-tokoh Islam dalam kerajaan sekarang amat merbahayakan Barat dan Yahudi lebih-lebih lagi tokoh-tokoh tersebut membawa fikrah ikhwan muslimin. Campurtangan USA amat penting di Syria saat saat kemenangan mujahidin agar Islam tidak akan bertapak di Syria demi kesejahteraan negara Yahudi. Mesir dan Syria memiliki keupayaan yang tinggi untuk menggugat keselamatan Israel di bumi Palestine jika dikuasai oleh pimpinan Islam.

PERINGATAN UNTUK MUSLIM DI MALAYSIA

Ummah Islam di Malaysia tidak terlepas dari percaturan ini. Strategi Barat memerangi Islam bukan hanya berkisar di Timur Tengah dan Asia Barat sahaja tetapi ianya merangkumi seluruh pelusuk dunia di mana terdapat manusia yang berimankan syahadah.Tidak ada perbezaan antara Kristian di Timur Tengah dengan Kristian di Malaysia. Kristian di Mesir menentang dan menjatuhkan Morsi kerana agenda Islam yang dibawa oleh Morsi. Adakah boleh kita perkatakan bahawa Kristian di Malaysia bersama kita mendokong perjuangan Islam. Begitu juga dengan Syiah dan aliran liberalisme bergabung tenaga menentang dan menjatuhkan Morsi. tidak mustahil senario yang sama akan berlaku di Malaysia. Tidak ada perbezaan antara orang kafir kerana bangsa dan geografi. Begitu juga tidak ada beza liberal,syiah dan lain-lain aliran yang menentang Islam di negara Arab dengan kumpulan mereka di Malaysia. Sejarah yang pernah dilalui oleh ummah Islam khasnya bangsa Melayu semasa penjajahan Inggeris telah membuktikan bahawa ummah ini pernah melalui peristiwa dahsyat dengan pembunuhan yang tidak berperi kemanusiaan oleh Inggeris dan bangsa pendatang kerana mereka berada di kategori yang sama. Sejarah ummah harus dikaji dan diteliti untuk pengajaran generasi seterusnya.

Ustaz Sharipudin bin Ab Kadir
YDP ISMA Pasir Puteh
Merangkap
YDP SYURA ISMA

One thought on “Ummah dijadikan catur oleh Yahudi dan Barat

  1. Pingback: Memahami hakikat pertembungan | Hanya Gerhana, Bukan Terbenamnya Matahari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *