ISMA sifatkan serangan tentera Mesir sebagai penyembelihan rakyat sendiri

medan4
BANGI, 14 Ogos – Ikatan Muslimin Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan yang dilakukan oleh pihak pasukan keselamatan Mesir ke atas penyokong Presiden Mohamad Morsi di Medan Rabaah dan Medan Nahdah.

Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman dalam kenyataannya menyifatkan tindakan tentera sebagai penyembelihan rakyat dan bercanggah dengan nilai kemanusiaan.

“Ini adalah penyembelihan manusia dan keluar daripada batas kemanusiaan,” kata Ustaz Abdullah.

Katanya, penglibatan tentera dalam politik Mesir tidak akan menyelesaikan masalah bahkan akan menambah berlakunya pertumpahan darah.

Beliau memberi amaran sekiranya perkara ini berterusan, Mesir akan menuju ke arah masa depan yang lebih gelap dan mundur ke belakang.

Sebagai penyelesaian, Ustaz Abdullah menyeru rakyat Mesir untuk bangkit melakukan sesuatu bagi menghentikan pertumpahan darah daripada terus berlaku.

“Penyelesaian terletak pada kebangkitan rakyat Mesir. Justeru kita harap rakyat Mesir semuanya dapat bangun menyelesaikan masalah negara mereka,” kata beliau.

Sehingga kini, dilaporkan lebih 200 orang telah mati syahid dan ribuan orang mengalami kecederaan apabila serangan kejam dimulakan sejak pagi tadi.

8 thoughts on “ISMA sifatkan serangan tentera Mesir sebagai penyembelihan rakyat sendiri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>