Penggulingan Morsi: Keji dan tidak bertamadun

morsi1
BANGI, 4 Julai – Presiden Ikatan Muslimin Malaysia Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman menyifatkan penggulingan pemerintahan Presiden Mesir Dr Muhammad Morsi sebagai satu perkara yang keji dan tidak bertamadun.

Bercakap kepada wartawan ISMA, Ustaz Abdullah berkata Mesir kini kembali ke zaman pemerintahan kuku besi yang menggunakan api dan besi.

“Keji dan tidak bertamadun. Mesir akhirnya kembali ke zaman kuku besi yang menggunakan api dan besi,” kata beliau.

Tambahnya, tindakan tentera yang membelakangkan presiden dan menggulingkannya merupakan satu tindakan kekerasan di luar undang-undang.

Morsi yang dilantik sebagai presiden dengan cara yang betul seharusnya disokong oleh tentera dan pihak tentera perlu memainkan peranan yang betul dalam lingkungan legitimasi pentadbiran negara.

Ustaz Abdullah juga berkata tentera telah memburukkan imej Mesir di mata dunia apabila bersekongkol dengan pembangkang membelakangi ‘syariyyah’.

“Tentera sepatutnya memainkan peranan dalam lingkungan ‘syariyyah’ tetapi apa yang berlaku ialah tentera bersekongkol dengan pembangkang membelakangi ‘syariyyah’. Jadi hal ini telah memburukkan imej Mesir di mata dunia,” ujar beliau.

Dr Morsi, 62 tahun, adalah Presiden Mesir pertama yang dilantik melalui proses demokrasi setelah Husni Mubarak dijatuhkan dalam Revolusi 25 Januari 2011.

Selepas genap setahun pemerintahannya, puak pembangkang yang dipercayai disokong oleh saki-baki Mubarak dan barat telah menganjurkan siri demonstrasi dan protes yang berunsur keganasan sehingga menyebabkan keadaan huru-hara.

Pihak tentera akhirnya membuat keputusan yang menyebelahi puak pembangkang dan membelakangi suara majoriti dan legitimasi pentadbiran negara yang sah.

7 thoughts on “Penggulingan Morsi: Keji dan tidak bertamadun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>