Kenyataan As-Sisi bakal cetus perang saudara

sisi1
MESIR, 24 Julai – Seruan Ketua Tertinggi Tentera Mesir, Jeneral Abdul Fatah As-Sisi supaya rakyat Mesir turun berhimpun pada hari Jumaat ini di Medan Tahrir sebagai menolak keganasan merupakan satu seruan yang bakal mencetuskan huru-hara dan mengancam keselamatan.

Demikian tegas jurucakap rasmi Ikhwan Muslimin, Dr Ahmad Aref dalam satu kenyataan.

Katanya, melalui perhimpunan itu rakyat akan turut terseret dengan revolusi tentera yang akan dizahirkan di jalanan dan dijangka akan berlaku pertumpahan darah.

Dalam pada itu, tokoh revolusi Dr Wajdi Ghunaim berkata, himpunan Jumaat yang didalangi tentera itu akan menyebabkan berlakunya perang saudara di kalangan rakyat Mesir.

Selain menyifatkan As-Sisi sebagai gila dan pengkhianat, Dr Wajdi Ghunaim berkata tentera akan menggunakan peluang ini untuk memerangkap penyokong pro Morsi dengan tuduhan ‘pengganas’ apabila berlaku keadaan huru-hara yang tentera cipta sendiri.

Semalam, Ketua Tertinggi Tentera Mesir Jeneral Abdul Fatah As-Sisi meminta rakyat yang menyokong tentera supaya turun berhimpun Jumaat ini untuk membanteras keganasan.

Keganasan itu dikatakan merujuk kepada kumpulan pro Morsi dan gerakan Ikhwan Muslimin.

Sehingga kini penyokong Presiden Morsi masih berhimpun sejak 3 minggu lalu dan akan meneruskan perhimpunan selagi Morsi tidak dinaikkan semula sebagai presiden.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>