Ahli Parlimen muslim perlu pertahankan RUU demi agama

hajihazizi1
BANGI, 3 Julai – Semua ahli Parlimen muslim harus menunaikan tanggungjawab agama dan tuntutan akidah dalam mempertahankan Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah Persekutuan) 2013 yang dibentangkanRabu lalu, demikian menurut Setiausaha Biro Politik ISMA, Ustaz Hazizi Ab. Rahman.

Katanya, semua Ahli Parlimen muslim perlu bertindak sebulat suara untuk mempertahankan rang undang-undang  tersebut tanpa perlu desakan sesiapa.

“Isu ini menjadi kayu ukur ke atas MP muslim, hanya MP muslim yang masih ada jati diri sahaja yang boleh mempertahankan Islam, jadi ianya perlu dibuktikan.

“Jika mereka tidak boleh sepakat mempertahankan rang undang-undang ini, maka orang politik sudah tidak boleh dipercayai.

“Jadi harapan umat Islam hanya pada badan dakwah sukarela yang tidak mempunyai apa-apa kepentingan kecuali Islam,” ujarnya kepada wartawan ISMA.

Dalam pada itu, YDP ISMA Kota Bharu, Ustaz Nik Ab Rahim Nik Abdul Aziz menyifatkan persetujuan salah seorang ibu bapa memadai untuk menukar agama kanak-kanak di bawah umur kepada Islam adalah antara yang disebut dalam kitab feqah berkaitan dengan hukum.

“Cara untuk seseorang kanak-kanak di bawar umur memeluk Islam adalah apabila mendapat persetujuan salah seorang ibu atau bapanya.

“Dengan hanya persetujuan salah seorang maka kanak-kanak tersebut akan beragama Islam.  Maka dalam isu ini, semua orang Islam haruslah menyokong rang undang-undang tersebut kerana inilah yang terbaik untuk Islam,” ujarnya.

Rabu lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom telah membentangkan Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 2013 yang memperuntukkan bahawa persetujuan salah seorang ibu bapa memadai untuk menukar agama kanak-kanak di bawah umur kepada Islam.

Namun sehingga hari ini, terdapat beberapa pihak yang menentang kerana menganggap Rang Undang-Undang tersebut bercanggah dengan perlembagaan dan keputusan Kabinet pada tahun 2009 yang tidak membenarkan penukaran agama dengan keizinan satu pihak antara ibu atau bapa sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>