Sistem meritokrasi perlu mengikut kaum

hjamin1

BANGI 25 Jun – Sistem meritokrasi dalam sektor pendidikan di negara ini perlu dikaji semula dengan mengikut kaum bukannya secara menyeluruh seperti yang diamalkan sekarang.

Ketua Biro Politik ISMA, Tuan Haji Aminuddin Yahaya berkata, cadangan untuk mewujudkan meritokrasi dalam kalangan pelajar Melayu dengan Melayu, Cina dengan Cina, India dengan India berdasarkan kaum adalah dipersetujui dan sesuai mengikut perkembangan pendidikan ketika ini.

Beliau berkata demikian mengulas cadangan Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN) Datuk Dr. Zainal Kling agar sistem meritokrasi diamalkan dalam kumpulan mengikut kaum.

Ini ekoran baru-baru ini tokoh pendidik, Prof. Tan Sri Dr. Ibrahim Abu Shah yang meminta Kementerian Pendidikan mempertimbangkan cadangan memansuhkan amalan meritokrasi dalam sektor pendidikan bagi mengembalikan keadilan kepada pelajar Melayu.

Jelas Tuan Haji Aminuddin, tidak dinafikan tujuan asal meritokrasi ni adalah satu tujuan yang baik yang memberi peluang kepada orang Melayu untuk bersaing dengan kaum lain, namun begitu buat masa sekarang ianya harus dikaji semula atas beberapa faktor.

“Antaranya, kebanyakan pelajar Melayu yang tinggal di luar bandar masih tidak dapat mencapai tahap pendidikan yang sama seperti di bandar.

“Dari segi realitinya saya melihat orang Melayu masih tidak mampu untuk bersaing dengan kaum lain atas sebab kurangnya kemudahan pembelajaran.

“Sebabnya ramai orang Melayu secara umumnya berpendapatan rendah dan majoritinya masih berada di kampung. Jadi kemudahan seperti tuisyen, internet masih jauh ketinggalan berbanding yang duduk di bandar.

“Selain itu dari segi dari segi penguasaan bahasa Inggeris. Ramai orang Melayu tidak boleh menguasai bahasa inggeris dengan baik, ia sangat memberi kesan kepada potensi kemajuan untuk pelajar-pelajar Melayu khusunya,” jelas beliau ketika dihubungi wartawan ISMA.

Oleh yang demikian katanya, jika sistem meritokrasi ini terus dilaksanakan sepenuhnya, maka peratus pelajar Melayu untuk mendapat biasiswa dan kedudukan di IPTA akan semakin berkurangan kerana berlakunya persaingan besar antara pelajar Melayu dengan pelajar kaum lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>