Undi non muslim: Fatwa Dr Zaharuddin disangkal

BANGI, 5 April – Naib Presiden 1 Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni menyangkal fatwa Pengerusi Multaqa Asatizah dan Du’at, Dr Zaharuddin Abdul Rahman baru-baru ini yang menyatakan boleh mengundi calon bukan Islam untuk dijadikan pemimpin.

Dalam sebuah wacana, Dr Zaharuddin berhujah bahawa orang bukan Islam boleh diundi atas kapasiti MOU yang dibuat, bukan diundi atas kapasiti peribadi.

Selain itu, katanya orang bukan muslim yang diundi tidak semestinya akan dilantik memegang jawatan penting dalam kerajaan.

Tegas Ustaz Fauzi, kenyataan Dr Zaharuddin itu tidak boleh diterima pakai kerana menurut Islam syarat pemimpin ialah seorang muslim.

“Bidang kuasa ini adalah bidang kuasa wilayah ammah atau wizarah tafwidh di dalam fiqh Islam. Tidak ada ulamak yang membenarkan bukan Islam memiliki kuasa tersebut.

Tambahnya lagi, ada kemungkinan Dr Zaharuddin merujuk jawatan ahli parlimen hanyalah sebagai wakil kepada rakyat dan bukannya pemimpin.

“Tetapi yang sebetulnya, wakil rakyat adalah pemimpin. Dalam konteks di Malaysia, apabila bertanding menjadi calon, sekiranya menang ia akan menjadi ahli parlimen dan sudah tentu ia berhak untuk membuat polisi. Bahkan ia juga layak untuk menjadi perdana menteri sekiranya dicalonkan,” tegasnya.

Tambahnya Ustaz Fauzi lagi, perlantikan bukan Islam sebagai wali (pemimpin) bukanlah satu isu baru di dalam perbahasan fiqh.

Jika beliau hendak berijtihad mengeluarkan fatwa boleh melantik bukan Islam sebagai pemimpin, beliau hendaklah meneliti semua pandangan ulamak dalam isu ini.

“Saya tidak pasti Dr. Zaharuddin sudah meneliti atau belum pandangan Ibnu Taimiah, Juwaini, Mawardi, Syarkasyi, Karabisi, Syaibani dan imam-imam mazhab utama Islam di dalam isu ini.

“Jika sudah, seeloknya beliau memulakan ulasannya terhadap pandangan imam-imam tersebut sebelum beliau mengeluarkan ijtihad baru,” katanya pada wartawan ISMA.

Hujah lengkap yang dikemukakan oleh Ust Fauzi boleh dibaca di pautan berikut: http://www.ismaweb.net/v4/2013/04/menjawab-fatwa-dr-zaharuddin/

28 thoughts on “Undi non muslim: Fatwa Dr Zaharuddin disangkal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>