Ini kisah kami, ini janji kami!!!

Situasi hari penamaan calon setiap kawasan yang ditandingi.

Pegawai keselamatan : “Tak pernah la saya tengok orang baca Al-Quran masa penamaan calon.”

Kami : “Inilah politik baru yang kami nak bawa. Kami nak ubah lanskap politik negara.”

Kisah di atas bukanlah bertujuan ingin mendabik dada mengatakan, kami ini yang paling terbaik tetapi ini adalah yang terbaik perlu kita lakukan. Kami lebih selesa membasahkan lidah kami dengan bacaan ayat-ayat Allah agar jiwa-jiwa kami tenang di saat menunggu proses penaman calon. Tidak ketinggalan, ada juga orang awam yang kebetulan berada di kawasan sekitar memuji kelainan yang kami bawa.

Bacaan Al-Quran kami juga bagaikan pelembut hati bagi jiwa-jiwa yang sedang ‘kacau’. Di satu kawasan pencalonan, kami seperti kuasa ketiga yang mendamaikan dua pihak yang saling membuat provokasi, tidak sangka alunan ayat-ayat suci Al-Quran berjaya membuatkan mereka tersentak dan terdiam.

Tetapi tidak kurang juga, ada yang cuba-cuba membuat provokasi terhadap kami, tapi ustaz-ustaz kami pesan “sambutlah dengan takbir”. Itulah ustaz-ustaz kami yang sentiasa ‘cool’ dalam menghadapi pelbagai ragam manusia.

Lain pula ceritanya, apabila selesai sahaja proses penamaan calon, kami menadah tangan berdoa lama kepada Allah. Doa kami juga turut sama-sama diaminkan oleh orang sekeliling. Ada yang rasa pelik, tiba-tiba kami membaca doa di tengah orang ramai. Kami turut mengangkat kening, tanda kepelikan juga, adakah amalan ritual yang ringkas sebegini tidak diamalkan oleh parti politik lain. Kami hanya tersenyum.

Kaum hawa pula, tidak gentar untuk sama-sama turun ke medan jihad ini. Kaum hawa kami sangat bersemangat, semangatnya bukan pada jerit pekik tapi pada tapi pada adab dan akhlak yang ditunjukkan. Semangat kami pada lidah dan hati yang sentiasa basah untuk berzikir.

Cerita di atas hanyalah cebisan dari cerita kami yang masih ‘baru’ dalam situasi sebegitu. Bukan hendak menunjuk tapi kami hendak tunjuk, inilah cara politik kami. Politik kami bukan politik kotor, politik kami bukan politik tarik-menarik, politik kami bukan politik caci-mencaci, Tetapi, politik kami politik yang bersih. Apa yang pasti, apa yang kami inginkan adalah  mengembalikan politik Islam yang telah dirobek dan dicarik oleh pihak-pihak tertentu. Moga-moga ini adalah petanda awal kemenangan buat kami!

INI JANJI KAMI!!!

Surah At-Taubah dan Al-Anfal menjadi bacaan seorang muslimah. Surah At-Taubah adalah surah yang menerangkan perihal ketegasan umat Islam kepada orang kafir yang memerangi Islam. Manakala Surah Al-Anfal, merupakan surah yang memberi kekuatan kepada kita untuk turun ke medan peperangan PRU bagi mengembalikan maruah Islam yang semakin dirobek dan tercalar.Islam bukanlah mengharapkan pemuda yang hanya hebat lantang berbicara, terpekik terlolong, tetapi pemuda yang tahu  sumber kekuatan di medan ini adalah Al-Quran.


quran1Bertadarus dan tazkirah dalam kelompok kecil.

quran2Tidak perlu nak ‘provok-provok’, kami cool je.

quran3Dr Aznan (Ahli Syura ISMA), ustaz kami yang sentiasa tenang.

quran4Menghabiskan bacaan surah Yasin.

quran5Pemuda harapan agama!

Ditulis oleh:
Nursabihah Mohtar
Wartawan ISMA Shah Alam

13 thoughts on “Ini kisah kami, ini janji kami!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>