Tiada kompromi untuk pendakyah Kristianisasi di Malaysia

ust amin

SHAH ALAM – Pendakwah bebas, Ustaz Muhamad Abdullah Al-Amin menegaskan bahawa tidak sepatutnya ada kompromi terhadap gerakan Kristianisasi yang mahu menjadikan Malaysia sebagai Negara Kristian.

Menurutnya, isu Kristianisasi ini perlu diperjuangkan kerana ini merupakan tanggungjawab kita sebagai umat Islam.

“Apabila wujud masyarakat yang tidak memberi perhatian terhadap usaha pendakyah Kristian ini maka yang paling gembira ialah paderi kerana umat Islam sendiri yang menafikan gerakan dan dakyah mereka di Malaysia.

“Bahkan mereka berada di zon paling selesa kerana usaha dan perancangan mereka telah dinafikan.

“Mereka boleh buat apa sahaja kerana orang Islam sangat tidak sensitif, malahan ada yang membela perbuatan mereka.

“Lebih-lebih lagi, ada sahaja golongan ahli politik yang memberikan komen popular yang menidakkan hal ini, inilah yang merisaukan kita sebagai umat Islam,” ujarnya kepada wartawan ISMA.

Beliau menjelaskan bahawa pendedahan mengenai agenda Kristianisasi ini telah dibuat melalui blognya ekoran penemuan beliau terhadap beberapa helaian kertas yang terdapat di dalam bas ketika menghadiri Kembara Universiti Kehidupan Ke10 ke al-Aqsa pada 26 November hingga 3 Disember tahun lalu.

“Ketika itu, terdapat seorang jemaah menghampiri dengan membawa beberapa helaian kertas yang terdapat di dalam bas yang sebelum itu dinaiki oleh rombongan Kristian dari Malaysia.

“Saya menatap kertas yang diberikan, mata saya tertumpu pada tulisannya dan ia menjadikan jantung saya berdegup kencang.

“Antara tulisannya, Decree For Malaysia, “We decree and declare that Malaysia will be a “Rainbow Nation” in seding missonaries to bring the gospel to the surrounding nations as well as be the gateway to open its doors to outside missionaries to preach the gospel here..”

“Ini sudah cukup untuk membuktikan wujudnya agenda Kristianisasi di Malaysia secara terancang.

“Bahkan ini juga turut diperakui oleh SB Bukit Aman bahawa itu adalah bukti yang nyata mengenai dakyah Kristian terhadap umat Islam di negara kita,” jelas Ustaz Amin.

Katanya, rentetan selepas pendedahannya, telah timbul isu permintaan oleh penganut agama Kristian agar membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Bible terbitan Bahasa Melayu dan banyak lagi isu yang jelas telah menyentuh sensitiviti umat Islam di negara kita.

Semua perkara ini membuktikan kewujudan agenda Kristianisasi di Malaysia yang sedang berlaku.

4 thoughts on “Tiada kompromi untuk pendakyah Kristianisasi di Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *