Prof. Dr. Yazid: ISMA wajar bertanding, taut undi Melayu

percaturan-kuasa-dan-politik-pilihan-raya

BANGI, 5 Mac – Pensyarah Sains Sosial Universiti Malaysia Sabah, Prof. Madya Dr. Mohd Noor Mat Yazid menyifatkan tindakan ISMA untuk bertanding dalam PRU13 adalah satu tindakan yang wajar dalam usaha menaut semula undi orang Melayu.

Beliau berkata, sekiranya ISMA bertanding di kawasan majoriti Melayu dengan meletakkan calon Islam berwibawa yang akan menentang calon bukan Islam samada dari MCA dan DAP, itu dikira tindakan yang munasabah.

“Jika sebelum ini di Tanjung Malim, Tapah, Grik dan beberapa kawasan lain telah diwakili oleh calon bukan Islam, tetapi untuk PRU13 calon Islam pula yang selayaknya untuk memegang kawasan-kawasan tersebut,” jelasnya.

Dr. Mohd Noor sebelum ini pernah mendesak UMNO ‘berubah’ dengan meletakkan calon Melayu di kawasan-kawasan tersebut melalui bukunya yang bertajuk “Percaturan Kuasa dan Politik Pilihanraya”.

“Sebenarnya BN meletakkan calon bukan Islam di kawasan majoriti Melayu adalah kerana mengikut tradisi dahulu, namun untuk ketika ini pendekatan tersebut perlu berubah.

“Justeru, BN perlu lebih tegas dalam hal ini yang mana mereka perlu meletakkan calon Islam di kawasan majoriti Melayu dan calon MCA atau Gerakan di kawasan majoriti Cina,” ujarnya ketika dihubungi wartawan ISMA.

Seruan beliau kepada UMNO  itu kini dipenuhi oleh ISMA yang menghantar calon di beberapa kawasan majoriti Melayu dan akan bertanding di bawah tiket parti BERJASA.

One thought on “Prof. Dr. Yazid: ISMA wajar bertanding, taut undi Melayu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *