Muzakarah Ulamak bincang kefarduan undi calon muslim berwibawa

Bangi, 21 Mac - Dalam suasana kehangatan pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi, isu hukum mengundi calon muslim dan bukan muslim mula dibincangkan oleh pelbagai pihak.

Ia adalah rentetan keputusan ISMA untuk menghantar ahlinya untuk bertanding di beberapa buah kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum ini.

Sehubungan itu, Majlis Ulama Ikatan Muslimin Malaysia (MUIS) akan menganjurkan satu muzakarah ulamak bagi membincangkan hukum kefarduan mengundi calon muslim berwibawa sebagai panduan kepada seluruh umat Islam.

Ia akan diadakan di Palm Garden Hotel IOI Resort, Putrajaya pada 27 Mac 2013, bermula jam 8 pagi sehingga 12 tengahari.

Lebih 50 orang ulamak tanah air dijangka hadir muzakarah tersebut. Antara barisan ulamak yang telah dijemput ialah Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS Datuk Nik Zawawi Nik Salleh, Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat Dr Mohd Khairuddin A. Razali At Takiri dan Ketua Pemuda PAS Pusat Ustaz Nasrudin Hassan.

Turut bakal dijemput ialah pendakwah bebas Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Dr Mohd Asri Zainal Abidin dan barisan para mufti negeri-negeri.

Pengerusi Majlis Ulama ISMA, Dr Aznan Hasan ketika dihubungi berkata, objektif muzakarah ini ialah untuk membincangkan hukum mengundi calon muslim dan bukan muslim berdasarkan rujukan syarak.

Media juga dijemput hadir untuk membuat liputan.

21 thoughts on “Muzakarah Ulamak bincang kefarduan undi calon muslim berwibawa

  1. Pingback: ISMA is non-partisan and Islamic | ISMAWeb

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>