Presiden ISMA lawat bilik gerakan jentera PRU13 di Seremban

lawatan

SEREMBAN, 5 Mac – Presiden Ikatan Muslimin Malaysia, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman hari ini mengadakan lawatan kerja ke bilik-bilik gerakan di sekitar Seremban bagi meninjau gerak kerja yang telah dilaksanakan oleh jentera yang terlibat di dalam PRU13.

Lawatan ini turut disertai oleh Encik Abdul Rahman Mat Dali, Naib Presiden II ISMA.

Satu taklimat ringkas telah disampaikan oleh Naib Yang Dipertua ISMA Seremban, Tuan Haji Omar b. Kassim mengenai gerak kerja yang telah dan akan dilaksanakan di kawasan-kawasan yang telah dikenalpasti mempunyai majoriti penduduk Melayu.

Ustaz Abdullah Zaik dan para petugas jentera juga sempat berbincang mengenai pendekatan dan kaedah-kaedah yang dilihat berkesan bagi meluaskan agenda ISMA khususnya untuk golongan Melayu Islam di kawasan-kawasan yang terlibat.

Beliau kemudian telah meluangkan masa untuk melawat bilik-bilik gerakan yang digunakan oleh jentera PRU13 di sekitar Ampangan dan Sikamat.

Seperti diumumkan sebelum ini, ISMA akan menghantar calonnya bertanding atas tiket parti BERJASA untuk kerusi Parlimen Seremban.

Penduduk Melayu merupakan golongan majoriti di kawasan ini, namun parti-parti yang bertanding sebelum ini meletakkan calon-calon dari kalangan bukan Islam.

10 thoughts on “Presiden ISMA lawat bilik gerakan jentera PRU13 di Seremban

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>