ISMA tidak akan bersama PR kerana agenda berbeza

u halim

BANGI, 2 Mac – Pengarah Penerangan Biro Politik ISMA, Ustaz Hj. Abdul Halim Abdullah berkata, ISMA tidak dapat bersama Pakatan Rakyat kerana jelas agenda yang dibawa oleh ISMA sangat bertentangan dengan agenda PR.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ketua Pemuda PAS Puchong, Mohd Roshrizan Mohd Rozlan baru-baru ini supaya ISMA bersama-sama dengan PR yang di dalamnya ada PAS seandainya mahu membawa kesejahteraan ummah.

“Agenda ISMA di dalam PRU-13 ini dan agendanya secara umum adalah untuk mempertahankan kedudukan agama Islam, hak-hak Melayu dan institusi raja.

“ISMA juga konsisten menyedarkan umat terhadap ancaman-ancaman seperti Kristianisasi, liberalisme, pluralisme, Syiah, LGBT dan pelbagai lagi sedangkan ini bukan agenda yang diperjuangkan oleh PR,” jelasnya.

Ustaz Halim memetik beberapa contoh tindakan PR yang bertentangan dengan agenda ISMA seperti tetap berkeras untuk membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah, keputusan untuk melantik seorang Kristian memerintah negeri Sarawak, cadangan melantik orang bukan Islam sebagai Timbalan Perdana Menteri dan pelbagai lagi agenda lain.

Oleh itu katanya, sangat tidak wajar ISMA hendak menyertai PR dalam keadaan agenda kedua-duanya yang jelas bertentangan.

Ustaz Halim juga berkata, ISMA mengajak kesemua parti-parti Melayu Islam untuk bersama-sama dalam memperjuangkan agenda ISMA yang Islamik dan telah mendapat sambutan dari ramai masyarakat awam yang meneliti dan peka.

79 thoughts on “ISMA tidak akan bersama PR kerana agenda berbeza

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *