ISMA tautkan undi orang Melayu, bukan pecah undi

pecah undi

BANGI, 2 Mac – Pengarah Penerangan Biro Politik ISMA, Ustaz Hj. Abdul Halim Abdullah berkata, ISMA tidak akan memecahkan undi orang Melayu dalam PRU-13 nanti, sebaliknya ISMA akan menyatu dan menautkan undi mereka dengan meletakkan calon-calon muslim berwibawa.

Beliau menafikan dakwaan Ketua Pemuda PAS Puchong, Mohd Roshrizan Mohd Rozlan baru-baru ini yang mengatakan bahawa penglibatan ISMA dalam pilihanraya akan datang hanya untuk memecahkan undi orang Melayu.

“Itu sama sekali tidak benar kerana seperti kenyataan ISMA sebelum ini, calon-calon ISMA hanya akan bertanding di kawasan majoriti Melayu sedangkan calon-calon yang diletakkan BN dan PR adalah dari kalangan bukan Islam.

“Jadi undi orang-orang Islam sebenarnya berpecah kepada kedua-dua calon bukan Islam tersebut.

“Berdasarkan kaji selidik yang kita buat juga, ada sebilangan orang Islam yang tidak turun mengundi disebabkan calon-calon yang bertanding itu orang bukan Islam,” jelas Ustaz Halim.

Beliau juga mengajak Roshrizan dan jenteranya untuk memberi sokongan kepada calon muslim berwibawa yang akan ditampilkan nanti.

“Satu kerugian kepada umat Islam sebenarnya kerana calon-calon bukan Islam dari BN dan PR tidak membawa suara umat Islam yang diwakilinya ke dalam Parlimen.

Beliau memberi contoh seperti ahli Parlimen Seremban, John Fernandez (PR) yang memberi cadangan di Parlimen supaya Kementerian Kewangan menambah tulisan Bahasa Cina, Tamil dan Inggeris pada cetakan wang kertas Malaysia selain meminta kerajaan membina lebih banyak sekolah Cina dan Tamil.

31 thoughts on “ISMA tautkan undi orang Melayu, bukan pecah undi

  1. Pingback: ISMA is non-partisan and Islamic | ISMAWeb

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *