ISMA roh baru umat, bukan kroni BN atau PR

uha1

BANGI, 5 Mac – Pengarah Penerangan Biro Politik ISMA, Ustaz Hj. Abdul Halim Abdullah menegaskan bahawa ISMA bukan kroni BN mahupun PR, tetapi ISMA adalah roh baru yang mengalir dalam jasad umat Islam di Malaysia.

Menurutnya, ISMA adalah roh baru yang membawa agenda baru dan mewakili harapan baru buat umat Islam di negara ini dalam PRU-13 kelak.

Beliau berkata demikian ketika mengulas persoalan adakah ISMA akan bersama BN setelah sebelum ini menyatakan tidak akan bersama PR kerana agenda berbeza.

“ISMA sama sekali tidak terikat dengan formula sebahagian pihak yang cuba mengatakan jika ISMA tidak serang PR, maka ISMA adalah kroni PR atau jika tidak serang BN, jadi ISMA adalah kroni BN.

“Itu semua tidak benar, sebaliknya ISMA adalah roh baru dan mengajak kepada kesepakatan dalam kalangan badan-badan Islam yang mahukan calon muslim berwibawa mewakili umat di dalam Parlimen dan DUN,” jelas Ustaz Halim.

44 thoughts on “ISMA roh baru umat, bukan kroni BN atau PR

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *