Wilayah ammah hanya untuk muslim

ufa

BANGI, 22 Feb. – Naib Presiden II Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni berkata, wilayah ammah hanya boleh diberikan kepada orang muslim kerana itulah syarat utama untuk menjadi pemimpin.

Katanya, wilayah ammah adalah istilah dalam feqah yang menjelaskan kepada satu kuasa yang ada pada sekumpulan manusia yang boleh memaksa pandangannya kepada semua orang.

“Oleh sebab itu, bagi jawatan Perdana Menteri dalam sesebuah negara Islam, ianya tidak boleh diberikan kepada bukan muslim kerana Perdana Menteri mempunyai wilayah ammah tersebut.

“Bahkan kuasa wilayah ammah ini juga turut ada pada Timbalan Perdana Menteri, Kabinet dan Parlimen yang mana mereka boleh memaksa pandangan mereka kepada rakyat,” kata beliau semasa menyampaikan ceramah tentang konsep kenegaraan kepada kakitangan Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah, di sini semalam.

Beliau menambah, hal ini diperkukuhkan lagi dengan penjelasan Dr. Muhammad Mardawi, bahawa syarat yang diletakkan oleh ulama untuk menjadi pemimpin haruslah seorang muslim.

Walaupun terdapat sesetengah fuqaha yang tidak menyebutnya, itu adalah kerana ia merupakan syarat yang terlalu asas yang sepatutnya diketahui dan difahami.

Sememangnya jelas ustaz Fauzi, tidak logik dan tidak relevan seandainya sebuah negara Islam ditadbir oleh orang bukan Islam.

Namun begitu, masih terdapat sesetengah masyarakat yang berlonggar dengan memilih calon bukan muslim disebabkan keliru dalam isu ini, sedangkan kuasa wilayah ammah ini adalah hanya kepada orang muslim.

Bagaimanapun jelasnya, wilayah ammah ini sudah dibincangkan oleh ulama sejak dahulu lagi, namun begitu pada ketika ia tidak diperjelaskan dengan terang kerana ramai yang lupa tentang ciri utama negara Islam ialah rujukan Al-Quran dan hadis yang mana ianya hanya difahami oleh orang Islam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *