Tidak wajar beri laluan kepada calon bukan Islam di kawasan majoriti muslim

u lah

BANGI, 20 Feb. – Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata, situasi tolak ansur dalam memberi kerusi kepada calon bukan Melayu di kawasan majoriti muslim samada di pihak kerajaan mahupun pembangkang sudah tidak relevan dan tidak wajar diteruskan.

Menurut beliau, ini memandangkan kini terdapat pihak atau pemimpin bukan Islam yang sudah berani mencabar dan mempertikaikan hak orang Melayu dan Islam.

“Sekiranya tolak ansur itu dilakukan atas alasan mahu menunjukkan adanya wakil kaum bukan Islam di dalam kerajaan, itu tidak wajar kerana sekarang ada pemimpin bukan Islam yang sudah berani mencabar hak kita,” kata beliau ketika ditemui wartawan ISMA hari ini.

Mengikut data PRU12, terdapat 10 kerusi parlimen yang majoritinya orang Melayu tetapi telah diberikan kepada calon daripada komponen bukan Melayu dari BN untuk bertanding iaitu Alor Star, Padang Serai, Gerik, Kuantan, Subang, Kapar, Bandar Tun Razak, Alor Gajah, Ayer Hitam dan Simpang Renggam.

Katanya lagi, jika sebelum ini masyarakat telah bertolak ansur dengan mengundi calon bukan Melayu di kawasan majoriti Melayu, maka untuk pilihanraya akan datang orang Melayu tidak perlu lagi mengundi mereka memandangkan ada calon Melayu akan diletakkan oleh pihak-pihak tertentu.

Beliau turut menyeru umat Islam agar tidak mengundi calon bukan Islam yang anti Melayu dan anti Islam.

25 thoughts on “Tidak wajar beri laluan kepada calon bukan Islam di kawasan majoriti muslim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *