Teliti isu asobiyyah bersandarkan syarak

UFA-1024x7681

Kota Bharu – Perbincangan isu asobiyyah perlu diteliti bersandarkan kepada nas dan syarak, tegas Naib Presiden II Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni.

Beliau memetik satu hadis di mana seorang sahabat bertanya, apakah itu asobiyyah, lalu Rasulullah menjawab, asobiyyah yang dilarang ialah kamu menolong dan membantu saudara kamu yang melakukan kezaliman.

Katanya lagi, Ibnu Khaldun yang merupakan salah seorang ulama Tunis ini telah berkata, asobiyyah ini sama dengan sifat marah, di mana kedua-dua sifat ini asalnya dicela tetapi boleh digunakan pada tempatnya seperti marah ketika berperang.

Jelas Ustaz Fauzi, sifat marah dan asobiyyah bukanlah celaan secara mutlak tetapi boleh digunakan pada tempat-tempat yang sepatutnya.

Justeru itu, sentimen sayang kepada bangsa boleh dijadikan sandaran untuk menegakkan kebaikan, ujar beliau.

“Lihatlah sejarah manusia beriman, orang yang mula-mula beriman ialah Khadijah isteri baginda, Zaid bin Harithah anak angkatnya, Ali bin Abi Talib sepupunya, adakah ini dinamakan asobiyyah, maknanya keinginan untuk memberi kebaikan kepada kaum terdekat.

“Semasa peringkat awal hanya 57 orang sahaja yang beriman, daripada 57 orang ini berapa orang dari keluarga Nabi? 6 orang dari keturunan ayahnya Bani Hasyim, 6 orang dari keturunan ibunya Bani Zuhrah, jadi lebih kurang 1/5 dari 57 orang.

“Ini bermakna semangat kebaikan untuk sesuatu kaum itu adalah merupakan satu perkara yang terpuji, ia bukan asobiyyah sebenarnya,” kelas Ustaz Fauzi lagi.

Disediakan oleh:
Abu Hafizoh
Wartawan Media ISMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *