Manifesto PR: Peranan PAS seolah tidak relevan

amin

BANGI, 27 Feb. – Ketua Biro Politik Ikatan Muslimin Malaysia, Tuan Haji Aminuddin Yahaya berkata, manifesto yang diumumkan Pakatan Rakyat baru-baru ini memperlihatkan seolah-olah PAS tidak dapat memainkan peranan bahkan tidak relevan lagi dalam pertarungan politik Islam di negara kita.

Ini berikutan tiada intipati perjuangan PAS yang selama ini mereka perjuangkan dalam manifesto tersebut.

“Manifesto ini lebih merujuk kepada status quo dan ekonomi, walhal parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat boleh menguruskannya tanpa perlu kepada PAS.

“Bahkan tidak berbaloi peranan PAS dalam menghasilkan manifesto ini kerana tiada konteks perjuangan Islam seperti yang dimahukan sebelum ini,” jelas beliau.

Menurut Tuan Haji Aminuddin, senario ini menimbulkan persoalan besar iaitu samada PAS masih lagi relevan atau diperlukan dalam politik negara atau perlu satu parti lain mengambil alih pimpinan umat Islam dalam memperjuangkan agenda islam di negara ini.

“Jadi PAS harus memikirkan hal ini dengan lebih serius,” tegasnya.

Beliau turut meluahkan kebimbangan tentang kedudukan dan perjuangan Islam seandainya PR memerintah kelak.

“Manifesto ini menampakkan peranan PAS semakin lama semakin kecil, dan jika dibiarkan kita khuatir dominasi pihak lain terhadap politik negara akan lebih besar.”

56 thoughts on “Manifesto PR: Peranan PAS seolah tidak relevan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *