ISMA kekal sebagai NGO

berjasa

BANGI, 18 Feb. – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) masih kekal sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti sebelum ini meskipun ia kini terlibat secara aktif dalam medan politik tanahair, tegas Presiden ISMA Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman.

Menurutnya, ISMA akan terus memperjuangkan pembangunan jati diri masyarakat, mentarbiyah dan mendidik generasi demi generasi sehingga melahirkan ummah yang beragenda.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Pelancaran Jentera Khas Pilihanraya Calon-Calon ISMA untuk PRU13 semalam.

“Perkembangan ini tidak akan menjejaskan peranan ISMA dalam masyarakat seperti sebelum ini.

“Apa yang berlaku ialah ISMA hanya menghantar ahli-ahlinya untuk menjadi calon dalam pilihanraya nanti,” jelas Ustaz Abdullah.

Beliau berkata, semua program ISMA termasuk program kemasyarakatan, belia, kekeluargaan, dakwah mahupun ceramah di masjid akan terus giat dijalankan.

Bahkan aktiviti tarbiyah seperti usrah, mukhayyam dan apa sahaja yang pernah ISMA jalankan sebelum ini tidak akan terhenti begitu sahaja walaupun ISMA terlibat dalam politik.

“Apa yang dilakukan ISMA sekarang adalah demi memperkasakan seruan dalam mengelolakan permasalahan yang dihadapi kemelut politik semasa,” katanya.

Sebelum ini, terdapat sesetengah pihak mempertikaikan status ISMA sebagai NGO selepas ISMA mengumumkan pada 2 Februari lalu akan terlibat dalam PRU13 nanti.

Dalam majlis tersebut, beliau menyatakan bahawa calon-calon ISMA akan bertanding dalam pilihanraya umum ke-13 di bawah tiket parti BERJASA.

2 thoughts on “ISMA kekal sebagai NGO

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *