ISMA bukan ‘nyamuk’

BANGI – “ISMA bukan ‘nyamuk’, tetapi adalah salah satu entiti yang besar dan utama di Malaysia,” tegas Pengarah Penerangan Biro Politik ISMA, Ustaz Abdul Halim Abdullah ketika diminta mengulas mengenai tuduhan terhadap ISMA kerana diibaratkan ‘nyamuk’ yang mengganggu gugat politik di Malaysia.

Jelasnya, orang yang menggelar ISMA ‘nyamuk’ mungkin tidak mengamati dan menginsafi betapa ramainya pengundi di Malaysia yang prihatin dengan agenda yang dibawa oleh ISMA dalam isu perpaduan, akidah dan ancaman terhadap umat Islam.

“ISMA adalah sebuah badan dakwah Islam yang menyeluruh yang mengajak kepada penghayatan Islam yang hakiki kepada ahli-ahlinya dan kepada sekalian umat.

“Mesej ISMA jelas iaitu mengajak kepada kesepakatan dan perpaduan umat. Bagaimanapun, perkara ini akan dijelaskan dengan lanjut dalam bahan dan kempen ISMA kelak,” katanya.

Beliau menambah, penglibatan ISMA dalam politik termasuk PRU adalah sebahagan daripada dakwah ISMA.

“ISMA percaya dengan agenda dan manifestonya yang selari dengan kehendak umat yang prihatin, ia sebenarnya mentautkan undi dan bukan memecahkan undi,” ujarnya.

 

38 thoughts on “ISMA bukan ‘nyamuk’

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *