Dana politik dari saku sendiri

 

BANGI, 4 Feb. – Pengarah Penerangan Biro Politik ISMA, Ustaz Abdul Halim Abdullah menegaskan bahawa ISMA tidak menerima dana daripada mana-mana pihak luar termasuk UMNO bagi membiayai penglibatan mereka dalam politik.

“Bagi pihak yang membuat tuduhan, perlulah mengemukakan bukti atas dakwaannya dan lebih besar lagi, pihak tersebut harus bertanggungjawab di hadapan Allah s.w.t di atas fitnah yang direka,” ujarnya.

Ustaz Abdul Halim berkata demikian ketika diminta mengulas tentang tuduhan yang diterima ISMA sejak daripada pengumuman ISMA akan terlibat dalam PRU13 baru-baru ini.

Menurut beliau, ISMA tidak sekali-kali terjejas dengan tuduhan dangkal lebih-lebih lagi fitnah seperti itu dan tuduhan yang dilemparkan tidak melemahkan ISMA untuk terus berjuang.

“Kekuatan ISMA terletak pada kesepaduan dan komitmen ahli-ahlinya.

“Matlamat yang dibawa telah digariskan oleh Islam seperti perpaduan umat, mempertahankan aqidah, kewibawaan peribadi calon-calon yang bertanding dan agenda umat serta sokongan masyarakat terhadap matlamat tersebut,” ulasnya lagi.

Namun begitu katanya, ISMA mengalu-alukan semua pihak yang ikhlas dan mempunyai objektif  yang sejajar dengan ISMA untuk turut membantu menjayakan matlamat ISMA dalam memperjuangkan kepentingan umat serta memastikan kedudukan dan kuasa orang Islam sentiasa terpelihara dan terjaga.

 

22 thoughts on “Dana politik dari saku sendiri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *