Bangsa Melayu tonggak umat Islam di Malaysia

u lah

BANGI, 19 Feb. – Bangsa Melayu adalah tonggak yang mewakili majoriti terbesar umat Islam di negara ini, justeru itu mana-mana projek Islam di Malaysia tidak akan dapat dilaksanakan tanpa kekuatan dan keutuhan bangsa Melayu.

“Bahkan bangsa Melayu berada dalam kedudukan yang penting dalam konteks memperjuang dan menegakkan Islam di Malaysia,” ujar Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman.

Beliau berkata demikian dalam satu temubual khas bersama TV ISMA baru-baru ini.

Ustaz Abdullah berkata, kekuatan dan kelemahan kedudukan Islam berkait rapat dengan kekuatan Melayu itu sendiri, sekiranya mereka kuat maka Islam akan kuat, begitu juga jika Melayu lemah, maka Islam juga akan lemah.

“Jadi ISMA melihat hubungan antara Islam dan Melayu adalah satu hubungan yang intim dan sepadu, tidak boleh dipisahkan antara keduanya,” katanya.

Beliau menjelaskan lagi, Islam hanya akan tertegak apabila wujudnya ummah yang memperjuangkan risalah Islam.

“Bahkan matlamat untuk menegak dan mengagungkan perjuangan Islam tidak akan terlaksana tanpa ummah yang beriman kepada Islam mahupun agenda Islam itu sendiri.

“Bukan sekadar itu, Islam juga hanya akan tertegak dengan adanya ummah yang beriman kepada fikrah, ideologi mahupun perjuangan Islam,” tambahnya.

5 thoughts on “Bangsa Melayu tonggak umat Islam di Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *