“Kem Lepasan SPM” melonjak semangat, menggerak potensi

LUMUT, 12 Jan. – Kursus ‘Kem Lepasan Sekolah’ (KLS) yang julung-julung kali diadakan di sini mendapat sambutan yang hangat di kalangan peserta-peserta yang hadir.

Program ini dilaksanakan dengan kerjasama antara Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Marine Engineering Technology (UniKL MIMET) dan Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) cawangan Seri Iskandar.

Seramai 40 orang peserta  yang merupakan para pelajar lepasan SPM daripada anak-anak negeri Perak sekitar Manjung, Bota, Parit dan Lumut telah menyertai kursus ini. Kebanyakan peserta melahirkan rasa seronok dan mendapat banyak manfaat daripada program ini.

Kursus yang diadakan dari pukul 8.30 pagi sehingga 5 petang itu telah dipenuhi dengan pelbagai aktiviti seperti ceramah motivasi ‘Kenali Potensi Dirimu’ oleh pensyarah UniKL MIMET En. Mun’aim Idrus, Sesi Ujian Kecenderungan Kerjaya dan panduan memilih bidang pengajian oleh kaunselor IPG, Cikgu Nizam, ceramah ‘Jom Masuk UNIKL MIMET’ dan slot ‘Plan your future’ bersama fasilitator-fasilitator daripada PEMBINA.

Pengerusi  Persatuan Belia Islam Nasional cawangan Seri Iskandar En. Zulhadi turut turun padang memberi taklimat berkenaan PEMBINA kepada peserta-peserta KLS dan mengajak mereka bersama PEMBINA dalam usaha mengasah bakat dan potensi mereka di masa hadapan.

Tahniah kepada UniKL MIMET dan PEMBINA atas kejayaan program ini. Semoga akan dapat dianjurkan lagi pada masa hadapan dalam usaha kita membantu anak bangsa ke mercu kejayaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>