Isu kalimah Allah libatkan rentetan besar

KUCHING 27 Jan. – Isu penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam nampak kecil, namun rentetan daripada isu ini akan melibatkan isu-isu yang lebih besar, tegas Ustaz Annuar Salleh, Ahli Jawatankuasa Pusat ISMA.

Beliau berkata, apabila penggunaan ini dibenarkan, tidak mustahil suatu hari nanti generasi muda Islam dan Kristian, kedua-duanya berdoa ‘Ya Allah Ya Tuhanku’ dan dua-dua bersetuju Tuhan mereka sama.

“Sedangkan kefahaman ini bercanggah dengan akidah umat Islam kerana bagi umat Islam, Allah itu Maha Esa, sedangkan pada orang Kristian adalah sebaliknya.

“Inilah yang dikatakan sebagai agenda pluralisme agama.”

Ustaz Annuar berkata demikian semasa menyampaikan Kuliah Subuh di Masjid Muhajirin, Matang Jaya, Kuching.

“Penyesatan akan berlaku kepada generasi akan datang, seperti kisah berhala di zaman Makkah.

“Kita melihat keburukan berpuluh tahun akan datang, dan kita sekat dari sekarang,” ujarnya lagi.

4 thoughts on “Isu kalimah Allah libatkan rentetan besar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>