Pengaruh liberalisme & pluralisme masyarakat Malaysia

Antara pengaruh liberalisme dan pluralisme dalam masyarakat Malaysia:

  1. Mentafsir agama dan Al-Quran mengikut tafsiran akal sendiri
  2. Merendahkan martabat golongan orang yang belajar agama
  3. Hilangnya rasa bangga menjadi Muslim dan merasakan bahawa memiliki sifat kemanusiaan itu lebih agung dan di terima daripada memiliki sifat seorang Muslim
  4. Merasakan semua agama patut mendapat hak yang sama rata
  5. Hilang rasa sayang kepada umat Islam kerana terlalu simpati dan menyayangi orang bukan Islam
  6. Merasakan semua agama itu betul, cuma cara pelaksanannya sahaja berlainan. Beranggapan tak perlu mana-mana agama menaungi agama yang lain
  7. Tidak rasa Islam perlu di tegakkan, tetapi semua manusia perlu memperjuangkan hak masing-masing dan membina masyarakat madani yang sama-sama mendapat hak pada kadar yang sama, tiada keistimewaan antara orang Islam berbanding orang bukan Islam
  8. Kefahaman bahawa murtad itu selari dengan hak asasi manusia kerana manusia bebas menentukan apa yang nak dipegangnya, walaupun dia sudah masuk Islam dia bebas untuk berfikir dan keluar daripada Islam
  9. Menganggap agama adalah hak peribadi dan tak perlu dipaksa pelaksanannya ke atas manusia yang lain, justeru menentang pelaksanaan hukum Islam dengan kuasa
  10. Mengutamakan kata-kata/ quote orang bukan Islam dalam membina kefahaman akidah dan persepsi terhadap kehidupan, berbanding kata-kata Nabi SAW, sahabat, salafussoleh dan orang Islam itu sendiri. Ia boleh membawa kepada kecelaruan akidah kerana kita menjadikan orang itu sebagai sandaran pegangan hidup.

Dan banyak lagi kalau nak disenaraikan. Moga kita selamat daripada arus deras yang dahsyat ini. Ketahuilah, kalau kita berfikir dengan kefahaman sebegitu, kita yang akan ditindas, kita yang akan lembab, tiada maruah, bacul dan tidak punyai nilai sebagai sebuah umat yang kuat berbangga dengan risalah.

Wallahua’lam.

 

 

 

 

 

Ustaz Ahmad Syamil bin Mohd Esa
Master, Universiti Al-Azhar Kaherah
Exco Akedemik & Latihan
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA-Mesir)

2 thoughts on “Pengaruh liberalisme & pluralisme masyarakat Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *