MCA dan DAP kaut keuntungan berganda

Dalam arena politik percaturan juga merupakan antara faktor utama dalam menentukan kemenangan. Percaturan juga peluang untuk mendapatkan keuntungan pangkat atau harta benda.

Politik juga berubah, hari ini menjadi kawan. Esok boleh menjadi lawan dan begitu juga sebaliknya.

Dalam konteks percaturan politik Malaysia, MCA dan DAP memperolehi untung berganda untuk survival kaum mereka hasil percaturan politik dengan UMNO dan PAS. Kedua-dua percaturan politik yang rugi adalah bangsa Melayu. MCA menuntut banyak perkara dalam BN untuk kaum mereka. Mereka lebih tumpukan kepada keuntungan kebendaan, kemudahan, peruntukan dan lain-lain lagi kerana kerajaan BN mampu berikan kemudahan tersebut. Pertukaran ialah sokongan kaum Cina kepada BN dalam pilihanraya walaupun MCA telah ditolak oleh kaum Cina, tetapi peluang yang ada mesti digunakan untuk kaum mereka.

Banyak kemudahan dan keistimewaan khas kepada bumiputera terutamanya orang Melayu telah dapat dikongsi bersama sedangkan apa yang mereka perolehi sedikitpun tidak dapat dirasai oleh kaum bumiputera. Kalau dapat pun, sisa-sisa buangan yang hampir dilupuskan. Jika terdapat persaingan dengan bumiputera dalam apa-apa bidang, bermakna untuk tempoh tertentu milik bumiputera akan lingkup kerana tidak mampu bersaing dengan mereka kerana diskriminasi yang tinggi. Apa kelebihan mereka jauh sama sekali untuk berkongsi dengan bumiputera. Ringkas cerita, apa keistimewaan bumiputera mesti dikongsi atas nama perpaduan dan integrasi, tetapi apa yang mereka perolehi ini merupakan hak kami, hanya untuk bangsa kami.

Sementara dalam PR pula mereka berjuang untuk mendapatkan hak dalam perlembagaan dan perundangan. Berselindung di sebalik KEADILAN, seolah-olah mereka dizalimi. Hak dan kebebasan dituntut berselindung di sebalik akta-akta antarabangsa dengan menafikan hak-hak orang Melayu dan agama Islam. Keadilan sejagat dicapai apabila mereka memperolehi hak mereka walaupun hak bangsa Melayu dan agama Islam dikurangkan dan dinafikan. Keadilan telah mengaburi perjuangan kerana pengertian keadilan mengikut neraca Barat bukan neraca Islam. Pendokong-pendokong gerakan Islam dibuai dengan impian keadilan konon-kononnya perjuangan mereka dalam PR dengan pelbagai aliran pemikiran dan anutan akan dapat menubuhkan sebuah negara yang adil dan saksama. Tanpa mereka menyedari, keadilan yang diperjuangkan itu telah melanggari prinsip-prinsip asas syarak dan Islam.

Keadilan yang diperjuangkan itu telah banyak mengorbankan hak-hak orang Melayu dan agama Islam. Bila orang kafir mencabar dan memperkatakan sesuatu yang buruk tentang Islam, bukannya orang kafir yang disanggah tetapi mereka dibela dengan pelbagai hujah dan hukum bahkan ada yang diam membisu tanpa perkatakan sesuatu untuk membela Islam. Antara hujahnya ialah ada yang katakan orang kafir tidak wajib ikut hudud Islam sedangkan pada asalnya mereka menolak perlaksanaan syariat Islam di Malaysia dan menafikan Malaysia sebuah negara Islam. Ada juga yang menyatakan orang kafir di Malaysia adalah kafir yang taat dan diistilahkan sebagai kafir muahid.

Kesimpulannya adalah kerana perbalahan dan pertelingkahan dalam politik, nilai-nilai persaudaraan telah diketepikan demi misi kekuasaan dan pemerintahan. Apa yang penting ialah kuasai Putrajaya. Orang kafir tetap dengan misi mereka yang satu walaupun berada dalam kumpulan yang berlainan. Masing-masing berperanan mengikut posisi masing-masing untuk kepentingan dan survival bangsa dan agama mereka.

Oleh: Ustaz Sharipudin Abd. Kadir
Yang Dipertua
Majlis Syura ISMA

* Ustaz Sharipudin juga merupakan Yang Dipertua ISMA Kelantan

17 thoughts on “MCA dan DAP kaut keuntungan berganda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *