Rombongan MUMTAZ ke Jordan selamat berangkat

SEPANG, 3 Sep. – Seramai 16 orang pelajar telah selamat berlepas ke Jordan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pagi tadi bagi melanjutkan pelajaran di beberapa universiti di sana, antaranya Universiti of Jordan dan Universiti Yarmouk.

Mereka merupakan kumpulan pertama pelajar ke Jordan yang diuruskan oleh ISMA melalui pakej MUMTAZ.

Rombongan ini diiringi oleh pegawai pengiring iaitu Saudara Aiman Rosli yang merupakan bekas pelajar dan ahli ISMA Jordan.

Menurut Ustaz Ahmad Ala’uddin Kamal, Pengurus Pakej MUMTAZ ISMA, perjalanan mereka dari Malaysia ke Jordan diuruskan oleh pengurusan Pakej MUMTAZ ISMA dengan kerjasama Sekretariat Antarabangsa ISMA dan disambut oleh persatuan pelajar sebaik tiba di sana.

Rombongan Pakej MUMTAZ ke Mesir pula akan berangkat pada 18 September dan akan disertai seramai 19 orang pelajar.

2 thoughts on “Rombongan MUMTAZ ke Jordan selamat berangkat

  1. Pingback: Rombongan MUMTAZ ke Jordan selamat berangkat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>