Jangan berkompromi dengan musuh atas nama keadilan

BANGI, 24 Sept. – Pengerusi Majlis Syura ISMA, Ustaz Sharipudin Abdul Kadir menegur sesetengah pejuang Islam yang bersekongkol dengan musuh sendiri atas nama menuntut keadilan.

Menurut beliau, keadilan yang diperjuangkan sewajarnya ditakrifkan dengan kefahaman keadilan Islam dan tidak harus tercalit walau sedikit dengan najis LGBT, liberalisme, kristianisasi, Syiah dan ideologi lain.

“Jangan sekali kali kita bina kekuatan bersama mereka atas alasan menuntut keadilan.

Keadilan yang kita perjuangkan adalah keadilan Islam, keadilan yang meletakkan Islam di tempat asalnya, bukannya keadilan yang dituntut bersama LGBT, liberalisme, kristianisasi, Syiah dan lain-lain lagi,” jelas Ustaz Sharipudin.

Beliau menegaskan bahawa perpaduan Melayu Islam tidak akan tercapai jika umat Islam masih lagi tidak jelas dengan kefahaman Islam sebenar yang bersih daripada sebarang kemungkaran.

Justeru, beliau menyeru umat Islam supaya kembali kepada kefahaman Islam yang tulen dan meletakkan akidah serta akhlak sebagai teras kekuatan.

Yang Dipertua ISMA Kelantan itu berkata, meskipun sukar untuk membina kesatuan di kalangan masyarakat hari ini yang berpunca daripada pelbagai aliran dan fikrah, namun usaha  ke arah kesatuan itu mesti dimulakan.

“Paling tidaknya peringkat awal kita bersepakat dalam perkara-perkara yang boleh kita bersepakat terutama dalam perkara-perkara yang melibatkan kepentingan Melayu dan Islam.

“Langkah seterusnya kita bersepakat untuk membina agenda bersama untuk bangsa, agama dan negara ini. Yang penting, teras persepakatan tersebut mestilah berasaskan Islam,” ujarnya.

52 thoughts on “Jangan berkompromi dengan musuh atas nama keadilan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *