Tiada masalah toleransi bangsa selagi Islam dominan

KAHERAH, 3 Ogos – Toleransi sesama kaum dan bangsa yang berbilang seperti yang wujud di Malaysia tidak menjadi masalah selagimana Islam menjadi dominan pada suasana sosial tempatan.

Ustaz Syamil Esa, Exco Akademik & Latihan ISMA Mesir, berkata demikian ketika menjadi tetamu jemputan dalam rancangan Ramadan Pulse yang disiarkan oleh Huda TV, sebuah syarikat TV Arab Saudi yang berpangkalan di Mesir.

Rancangan Ramadan Pulse itu memberi peluang besar bagi masyarakat antarabangsa terutama di sekitar negara–negara Timur Tengah untuk mengenali dengan lebih dekat budaya dan kehidupan masyarakat Islam di Malaysia.

Walaupun hanya bersiaran selama 30 minit, namun banyak persoalan utama mengenai kedudukan dan kehidupan masyarakat Islam di Malaysia yang terkenal sebagai salah sebuah negara Islam yang maju dapat dikupas baik oleh Ustaz Syamil.

Beliau menekankan aspek majoriti muslim dan dominasi Islam sebagai titik punca kepada kebaikan dan kesejahteraan Malaysia amnya.

 

2 thoughts on “Tiada masalah toleransi bangsa selagi Islam dominan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>