Tarbiyyah paksi utama dakwah ISMA

KUALA LUMPUR – Tarbiyyah akan sentiasa menjadi paksi utama dakwah yang dikemukakan oleh ISMA, tegas Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik bin Abdul Rahman.

Justeru itu, katanya, setiap ahli ISMA perlu sentiasa memberi perhatian terhadap aspek tersebut dan tidak menjadikan kesibukan terlibat dalam aktiviti-aktiviti bersama masyarakat sebagai sebab untuk meringan-ringankan isu tarbiyyah.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan dalam program Ijtimak Murabbi anjuran Biro Tarbiyyah ISMA baru-baru ini.

“Solusi yang ISMA bawa untuk menyelesaikan semua masalah yang dihadapi ummat pada hari ini adalah dengan membina semula ummat dengan agenda, tasawwur dan mentaliti yang baru melalui pelbagai inisiatif yang dilaksanakan pelbagai agensi ISMA.

“Ummat hari ini jauh daripada Islam dan kita perlu mengembalikan mereka dengan membina generasi muda yang bakal mencorak masa depan negara. Selain dari itu bukanlah penyelesaian yang total,” jelas Ustaz Abdullah Zaik.

Menurut beliau, tarbiyyah dan murabbi adalah dua perkara yang paling utama dan strategik dalam mencapai objektif tersebut.

“Tarbiyyah melahirkan rijal-rijal yang beriman dan beramal dengan Islam dalam ertikata yang sebenar manakala murabbi itu sendiri merupakan nukleus kepada perjalanan tarbiyyah,” ujarnya.

Ustaz Abdullah Zaik juga mengingatkan para murabbi ISMA supaya sentiasa peka dengan setiap perkembangan anak usrah mereka dan  menangani sebarang masalah secepat mungkin kerana sesuatu masalah biasanya bermula kecil kemudian merebak menjadi besar dan serius.

One thought on “Tarbiyyah paksi utama dakwah ISMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>