Serangan Sinai uji pendirian Mursi terhadap Israel

KAHERAH, 8 Ogos – Peristiwa serangan ke atas tentera Mesir di Semenanjung Sinai baru-baru ini menguji pendirian presiden baru Mesir, Dr Muhammad Mursi terhadap Israel.

Senario semasa yang berlaku menampakkan bahawa kejadian ini kemungkinan sengaja dirancang supaya Mesir menerima pelawaan Israel untuk menghantar tentera mereka dalam usaha ‘menghapuskan pengganas.’

Serangan yang telah mengorbankan 16 orang tentera Mesir itu masih belum diketahui siapakah perancangnya.

Ikhwan Muslimin dalam kenyataannya menuduh agen perisik Israel iaitu Mossad bertanggungjawab terhadap serangan tersebut kerana Israel adalah orang yang berkepentingan jika keadaan Mesir huru-hara.

Israel walaubagaimanapun menafikan tuduhan tersebut.

Menurut laporan akhbar Israel, Menteri Luar negara itu, Avigdor Lieberman bersedia menghulur bantuan kepada Mesir untuk memerangi pengganas.

Tawaran ini menunjukkan telah berlaku perancangan sulit untuk memaksa Mesir di bawah pimpinan Dr Mursi untuk berbaik dengan Israel.

Namun, dalam perkembangan terbaru hari ini, tentera Mesir telah melakukan satu serangan udara yang telah membunuh 20 orang pengganas di Sinai.

Menurut saksi, 2 buah jet tentera kelihatan lalu letupan kuat kedengaran dan 3 buah kereta pengganas telah musnah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>