Membina murabbi yang hebat dan profesional satu tuntutan

KUALA LUMPUR – Membina murabbi yang hebat, profesional, produktif dan berkualiti adalah satu tuntutan bagi menggerakkan amal tarbiyyah yang merupakan satu tanggungjawab yang sangat berat, tegas Ustaz Rusdi Alias, Pengerusi Biro Tarbiyah ISMA.

“Sebagaimana sebuah bangunan tidak mungkin terbina melainkan dengan adanya arkitek dan jurutera yang memiliki pengetahuan tentang bangunan, begitu juga dengan kerja membangunkan manusia yang memerlukan murabbi-murabbi profesional,” ujar beliau.

Ustaz Rusdi berkata demikian di Kursus Pembangunan Murabbi Siri ke-2 anjuran Biro Tarbiyah ISMA di sini yang diadakan untuk meningkatkan kefahaman dan kemahiran ahli-ahli ISMA yang bertanggungjawab terhadap pengurusan operasi tarbiyah di cawangan-cawangan.

Menurutnya, bukan semua orang dapat menjadi murabbi yang hebat walaupun dia memiliki pemahaman yang baik, latar belakang akademik yang tinggi dan keupayaan berbicara.

Beliau menggariskan beberapa kriteria seorang murabbi ideal, antaranya memiliki ilmu, lebih tinggi kualitinya berbanding mutarabbi, mampu mentransformasikan apa-apa yang dimiliki, serta memiliki kemampuan untuk memimpin dan mengevaluasi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>