Masihkah kita menaruh harapan?

Beberapa kenyataan berikut merupakan siri-siri kenyataan oleh pimpinan parti-parti bukan Islam yang dengan jelas dan terang menghina Islam. Saya tidak tahu apa lagi yang harus umat Islam berikan keyakinan kepada mereka.

MCA

Pengerusi MCA Selangor, Datuk Donald Lim berkata jika Selangor dan negeri-negeri lain di negara ini dikuasai atau kekal di bawah pemerintahan BN, ia tidak akan menjadi negara Islam.“MCA akan terus mempertahankan kepentingan orang Cina dan tidak akan membiarkan Selangor menjadi sebuah negara Islam,” kata Pengerusinya, Datuk Donald Lim.

DAP

DAP tetap menentang pelaksanaan hukum hudud di negara ini walaupun mengakui Islam sebagai agama rasmi Malaysia. Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata kenyataan itu adalah jelas dan tidak pernah berubah kerana perundangan Islam tidak akan dilaksanakan sama sekali.”

Selagi umat Islam tidak bersatu dan meletakkan kepentingan agama di hadapan maka selagi itu kita akan diperlekehkan. Saya tidak pasti perkataan manakah lagi yang harus digunakan untuk menyedarkan umat Islam. Kenyataan-kenyataan ini saya sifatkan sebagai lambang kedayusan bangsa Melayu Islam yang sudah hilang kejantanan mereka. Lupakan masjid, lupakan ceramah-ceramah umum, lupakan program-program dakwah saudara. Jika ini tidak sedikit pun menimbulkan kemarahan saudara, apa erti semua aktiviti tersebut. Kita meraung melihat kesengsaraan Palestin, kita menangis melihat penyeksaan Rohinga, kita simpati mendengar penderitaan rakyat Syria tetapi penghinaan kepada batang hidung sendiri kita tidak terasa apa-apa.

Saya sangat berharap saudara-saudara semua tidak melihat ini daripada perspektif politik semata-mata dan cuba menyalahkan orang lain kerana sifat itu adalah sifat orang yang kecewa dan tidak ada perjuangan.

Aminuddin Yahaya,
Timbalan Presiden,
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
Blog:
Suara Dari Gunung

25 thoughts on “Masihkah kita menaruh harapan?

  1. Hudud yg dirujuk oleh nonmuslim adalah mcm hudud dlm cerita pramlee.

    Pramlee dapat tayangan d pawagam dan tv.

  2. Pingback: Masihkah kita menaruh harapan? | ISMAWeb « Melayu Sepakat Islam Berdaulat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *