Himpunan Mahasiswa 2012 (HIMMAH)

PENGENALAN

Program HIMPUNAN MAHASISWA 2012 ini merupakan julung kali diadakan semenjak penubuhan Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) pada tahun 2006.

Memperlihatkan kepada kehendak semasa adalah penting supaya setiap peserta memahami aspirasi yang ingin dibawa oleh PEMBINA dalam usaha membentuk jati diri seorang mahasiswa atau mahasiswi yang berkaliber.

Situasi masyarakat kini yang semakin parah dan membimbangkan menuntut gerakan mahasiswa lebih ke hadapan supaya mampu membawa keluar kemelut yang dihadapi oleh masyarakat.

Tuntutan ini bukanlah mudah dan memerlukan agenda yang jelas, susunan gerak kerja yang terancang dan pendokong yang mampu menggalas tanggungjawab ini.

Selaras dengan slogan PEMBINA iaitu ‘Meneraju Arus Mahasiswa’, HIMPUNAN MAHASISWA 2012 merupakan salah satu mekanisme ke arah merealisasikan slogan tersebut dan serius dalam membawa agenda pembangunan ummah.

OBJEKTIF

  1. Melahirkan mahasiswa yang beragenda, bijak menganalisa isu serta mempunyai daya saing tinggi menghadapi segala cabaran.
  2. Mengkaji secara kritis sejarah gerakan mahasiswa dan menerapkan kepada setiap peserta mengenai kepentingan untuk membina gerakan mahasiswa yang mampu menyumbang kepada pembinaan Negara.
  3. Membina semangat patriotisma kepada Negara dengan menghayati nilai-nilai murni dan bertindak selari dengan perlembagaan dan undang-undang Negara.
  4. Menyedarkan setiap peserta agar cakna dan prihatin terhadap isu-isu semasa   dan ancaman-ancaman luar.

BILA

Tarikh : 14 hingga 16 September 2012
Lokasi : Kompleks Rakan Muda Daerah Klang Lot 43204, Jalan Klang Perdana, Sementa 42100 Klang
Google Maps : [Lokasi Kompleks klik di sini] 

DAFTAR

Sila klik disni : [Borang Pendaftaran]

TENTATIF

Sila klik disni untuk melihat tentatif perjalanan program HIMMAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>