Ahli-ahli ISMA diseru jadi agen penyatu masyarakat

KAJANG, 28 Julai – Melihat kepada situasi umat Islam di tanahair hari ini, ahli-ahli ISMA diseru agar memainkan peranan sebagai agen penyatu di dalam masyarakat.

Seruan tersebut disampaikan oleh Ustaz Salman Al-Farisi Selamat, Pegawai Penyelidik ISMA, ketika menjadi ahli panel forum bertajuk ‘Ramadan Bulan Perpaduan’ anjuran ISMA cawangan Hulu Langat dalam majlis berbuka puasa bersama masyarakat di Surau Al-Islah, Taman Mewah Kajang.

“Kita masing-masing perlu menjadikan diri kita sebagai agen penyatu, sesuai dengan slogan ISMA Melayu Sepakat Islam Berdaulat,” jelas beliau.

Sementara itu, Ustaz Dr. Kapten (B) Azmil Hashim, Pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris yang merupakan ahli panel kedua berkata, perpecahan adalah senjata musuh Islam untuk mengatasi Islam dan umatnya.

“Di antara cara yang mudah untuk melemahkan Islam ialah dengan perpecahan, kerana dengan perpecahan ini mudah bagi pihak musuh untuk mengalahkan kita, tak perlu berperang dan mereka tak perlu bekerja keras untuk mengalahkan umat Islam,” ujarnya.

Majlis berbuka puasa ini turut dihadiri oleh Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman, Naib Presiden 2 ISMA, Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni dan Ustaz Dr. Aznan Hassan, Pengerusi Majlis Ulamak ISMA.

Solat tarawih pada malam tersebut telah diimamkan oleh Syeikh Walid Mustafa, imam jemputan dari Gaza yang didatangkan khas oleh Aman Palestin.

Yang Dipertua ISMA Hulu Langat, saudara Mohd Noor Azib Asmangi melahirkan harapan agar majlis seperti ini dapat mengeratkan silaturrahim dan persaudaraan di antara ahli-ahli ISMA dan masyarakat khususnya di Taman Kajang Mewah dan Bandar Baru Bangi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>