Puasa melatih kepedulian ummah

Ibadah puasa melatih kita semua untuk menyuburkan dalam diri kita sifat belas kasihan kepada saudara kita di merata dunia yang sedang mengalami penderitaan dan penindasan. Kesatuan perasaan perlu diwujudkan dalam diri kita dengan nasib yang dialami oleh saudara seakidah dengan diri kita.

Umat Islam di Selatan Thailand turut memerlukan kepedulian kita bersama

Saudara seakidah kita di Palestin, Iraq, Afghanistan, Kashmir, Selatan Thailand  dan di tempat-tempat lain lagi amat memerlukan bantuan dan sumbangan daripada kita semua. Sumbangan-sumbangan ini boleh diberikan di dalam bentuk kewangan, bantuan kemanusiaan, sokongan politik, kepedulian dan doa daripada kita semua.

Perasaan ini boleh disuburkan lagi terutaanya di bulan Ramadhan dengan mengadakan sumbangan khas dalam bentuk kewangan dan juga bantuan kemanusiaan kepada mereka. Seharusnya kita memperuntukkan sebahagian daripada wang perbelanjaan harian dengan mewujudkan tabung khas  di rumah dan didiklah ahli keluarga kita dengan memberikan sumbangan kepada yang memerlukan kerana maksud hadith Rasulullah saw ada menyatakan:

من لم يهتم بأمر المسلمين فليس منهم

Maksudnya: “Barangsiapa yang tidak mengambil berat perihal orang Islam, maka bukanlah dia dari kalangan mereka”

Umat Islam di Kashmir telah disiksa dan diperhina buat sekian lamanya

Sifat mementingkan diri sendiri dan kedekut amat dilarang dalam Islam dan apabila diamalkan ianya menjadi punca kemurkaan Allah SWT. Seharusnya kita menginfaqkan harta yang kita miliki kerana ia merupakan bisnes atau perniagaan yang amat menguntungkan.

Filipina pernah makmur di bawah sebuah kerajaan Islamnya yang berdaulat

Ubat kepada penyakit bakhil atau kedekut ini ialah yang berlawanan dengannya iaitu dengan cara menginfakkan harta yang kita miliki. Realitinya, kita membelanjakan wang setiap hari bagi perbelanjaan diri sebelum kedatangan Ramadhan dan apa salahnya untuk kita belanjakan wang tersebut dengan menginfakkannya kepada saudara-saudara kita yang lain yang lebih memerlukan.

Isu Palestin adalah kemuncak bagi permasalahan umat Islam sejagat

Pahala yang diberikan oleh Allah SWT kepada yang menginfakkan hartanya amatlah besar sekali apatah lagi jika sekiranya dilaksanakan dalam bulan Ramadhan. Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya, sedekah (pemberian seorang muslim memanjangkan umurnya, menghindarkannya dari mati yang tidak baik; ia dihindarkan Allah dari kesombongan dan keangkuhan”. (Riwayat at-Tabrani)

Kesimpulan :

Ramadhan mengajar kita supaya mengambil peduli dengan permasalahan umat Islam sejagat……

“Membina Generasi Harapan”

Prof. Madya Dr. Zainur Rashid Bin Zainuddin,
Naib Presiden I I-Medik
Blog: Peduli Ummah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>