Pertukaran kuasa perlu ikut ijtihad fiqh

KUALA LUMPUR – Sebarang pertukaran kuasa perlu dilihat dari segi ijtihad fiqh, bukan didorong oleh proses demokrasi semata-mata, tegas Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Islam Dan Politik Kepartian Malaysia: Membentuk Pendirian Berasaskan Maqasid Shariah (Asas dan Limitasinya)’ dalam Seminar Dilema Politik Umat Islam di Malaysia anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) baru-baru ini.

Menurutnya, berdasarkan siyasah syariyyah, pertukaran kuasa adalah satu perkara yang cukup ketat jika hendak dilakukan.

Namun beliau berkata, bagi menggantikan pemimpin yang tidak cukup syarat sebagai pemimpin yang adil, ulamak kontemporari membenarkan pertukaran kuasa dengan memenuhi dua syarat yang ketat.

“Pertukaran kuasa ini boleh dibuat, tapi syaratnya mestilah setelah membuat perbandingan antara maslahah dan mudarat. Kalau mudarat lebih tinggi daripada maslahah, tak boleh. Kalau maslahah lebih besar daripada mudarat, boleh.

“Maknanya, orang Islam mesti berfikir dalam kerangka feqah apakah perubahan yang ingin dilakukan itu membawa lebih baik manfaatnya, kedudukannya kepada Islam atau umat Islam ataupun tidak,” jelas Ustaz Abdullah.

Syarat yang kedua pula ialah mesti ada kuasa Islam yang dominan sebagai pengganti bagi memastikan kedudukan Islam tetap terpelihara.

“Mesti ada satu kelompok Islam yang dominan, maknanya bila ia menang ia boleh mempertahankan kedudukan Islam dan umat Islam.

“Jadi sebab itu saya selalu katakan kalau nak ubah, pihak Islam yang ganti itu mestilah kuat dan dominan. Kalau tidak akan menyebabkan kepentingan umat Islam berada dalam keadaan yang tercabar,” ujar beliau.

7 thoughts on “Pertukaran kuasa perlu ikut ijtihad fiqh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>