PEMBINA Sarawak akan anjur Simposium Kewangan

KUCHING – Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) cawangan Sarawak akan mengadakan program Simposium Kewangan pada 4 Ogos ini bertempat di Kampus Samarahan, Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Selain usaha menggilap kualiti kepimpinan dan kendiri di kalangan belia dan beliawanis, program ini juga bertujuan menyingkap rahsia pengurusan kewangan dan keusahawanan belia muslim dalam menerajui ekonomi ummah.

Program ini dikendalikan bersama PEMBINA dan UiTM dengan kerjasama ISMA, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Bayaran yang dikenakan bagi ahli Pembina sebanyak 3 ringgit, manakala yang bukan ahli pula sebanyak 5 ringgit sahaja.

Bagi yang berminat, anda boleh menghubungi saudara Danial di talian 013-7066388, atau saudari Mardhiah di talian 013-4860 930.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>