Pembantu Penyelidik ISMA diperlukan segera

Kemelut ummah adalah tanggungjawab bersama. Justeru itu, ISMA terus mengorak langkah dalam mendidik ummah dan memantapkan agenda dengan membuat beberapa penyelidikan khususnya di bidang Sains Sosial. Sehubungan dengan itu, Pusat Kajian Strategik ISMA Pusat (PAKSI) menjemput ahli ISMA seluruh Malaysia yang mempunyai minat dan kecenderungan tinggi di bidang penyelidikan untuk mengisi kekosongan jawatan secara kontrak sebagai Pembantu Penyelidik ISMA sepenuh masa.

Pemohon hendaklah memenuhi kriteria-kriteria berikut:

1. Sekurang-kurangnya memiliki Diploma atau Sarjana Muda
2. Mempunyai pengetahuan asas statistik yang baik
3. Berkemahiran menggunakan perisian asas seperti SPSS
4. Kemahiran lain amat dialukan

Calon-calon yang berminat boleh menghantar permohonan dan resume anda kepada Prof Dr. Badhrul Hisyam, Ketua Pusat Kajian Strategik ISMA (PAKSI) atau email kepada dr_badhrul@yahoo.com atau draaw2005@gmail.com.

Tarikh tutup permohonan adalah 15 Ogos 2012.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>