Peka terhadap agenda Kristianisasi

BANGI, 30 Julai – Presiden Ikatan Muslimin Malaysia, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman menyeru umat Islam di negara ini supaya lebih peka terhadap agenda Kristianisasi seperti yang terkandung secara halus dalam kenyataan Persekutuan Kristian Malaysia.

Dalam kenyataan bertarikh 18 Julai 2012 itu, pihak berkenaan meminta seluruh warga gereja dan Kristian supaya memilih kerajaan yang menjaga hak kebebasan beragama termasuk memberi hak sama rata dalam menyebarkan agama tanpa sebarang pembatasan.

“Sebagai umat Islam, kita perlu peka dan memahami maksud ini serta berjuang untuk meletakkan kedudukan Islam pada tempatnya.

“Sebagaimana kita maklum Malaysia adalah sebuah negara Islam di mana bumi ini adalah tapak untuk kita pertahankan dan menegakkan firman Allah bahawa satu-satunya agama yang diterima Allah adalah agama Islam,” jelas Ustaz Abdullah Zaik.

Tegas beliau, semua pihak perlu menghormati perlembagaan yang mengiktiraf agama Islam sebagai agama Persekutuan di samping memberi hak kepada agama-agama lain untuk diamalkan.

Walaupun demikian, terdapat sekatan dalam menyebarkan agama bukan Islam kepada orang Islam dan hal ini jelas memberi kelebihan dan perlindungan kepada agama Islam.

“Jika itu misi dan visi mereka di Malaysia ini, maka ia suatu yang bercanggah dengan apa yang saya sebutkan tadi, iaitu semangat perlembagaan dan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara Islam,” tambah Ustaz Abdullah Zaik.

18 thoughts on “Peka terhadap agenda Kristianisasi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>