NAZIM Perak juara Karnival Sukan Rakyat Zon Utara

JITRA – Kelab Anak-Anak Hebat (NAZIM) Perak telah berjaya merangkul gelaran juara keseluruhan Karnival Sukan Rakyat NAZIM Zon Utara yang berlangsung baru-baru ini di Sekolah Kebangsaan Bandar Baharu Darul Aman di sini.

Karnival Sukan Rakyat yang julung kali diadakan ini bertujuan untuk memperkenalkan permainan-permainan tradisional yang semakin dilupakan masyarakat ini di kalangan ahli-ahli NAZIM.

Selain itu, karnival ini juga diharap dapat memupuk semangat kerja berpasukan dan membina jati diri di dalam diri anak-anak.

Acara-acara yang dipertandingkan di dalam Karnival Sukan Rakyat termasuk Tarik Upih, Boling Padang, Baling Tin, Galah Panjang, Kasut Tempurung dan Congkak.

Program ini juga secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan para peserta, penyokong dan ibu bapa.

2 thoughts on “NAZIM Perak juara Karnival Sukan Rakyat Zon Utara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>